Sunday, December 8, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Dosa-Dosa Besar » Tidak Menunaikan Haji Sedangkan Dia Mampu

Tidak Menunaikan Haji Sedangkan Dia Mampu

Download PDF

Allah berfirman:

“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. (Ali-Imran: 97)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa mempunyai bekal dan kenderaan yang dapat menghantarkannya haji ke Baitullah tetapi tidak melakukannya, semoga dia tidak mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani”. Ingatlah, Allah telah berfirman, “Menunaikan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup melakukan perjalanan ke Baitullah” 1

Umar bin Khattab berkata, “Sesungguhnya, aku pernah berniat untuk menghantar beberapa orang ke seluruh negeri untuk mencari sesiapa yang sihat dan memiliki bekal tetapi tidak menunaikan haji supaya dikenakan jizyah dan menganggap mereka sebagai bukan orang Islam.”

Abdullah bin Abbas berkata, “Barangsiapa memiliki harta yang cukup untuk menunaikan ibadah haji tetapi dia tidak menunaikannya atau memiliki harta sehingga cukup nishab tetapi ia tidak membayar zakatnya, niscaya akan meminta raj’ah (dikembalikan) semasa mati”. Ada seseorang berkata:

“Bertakwalah kepada Allah, wahai Ibnu Abbas. Hanya orang-orang kafir sahaja yang meminta raj’ah”. Ibnu Abbas menjawab, “Aku akan bacakan satu ayat, Allah berfirman, “Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, “ lalu dia berkata:

” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “ (Al-Munafiqun: 10)

Maksud bersedekah adalah membayar zakat, dan maksud menjadi salah seorang soleh ialah menunaikan haji. Seseorang bertanya, “Berapa nisab harta?”. “Jika wang perak telah mencapai 200 dirham atau wang emas yang sama nilai dengannya, wajib dikeluarkan zakat”, jawab Ibnu Abbas. “Apakah yang mewajibkan haji?”, tanya seorang lagi. Beliau menjawab, “Bekalan dan kenderaan”2

Sa’id bin Jubair bercerita, “Aku tidak menyembahyangkan seorang jiranku yang meninggal dunia kerana tidak menunaikan haji walaupun dia kaya”

Dhaif. Diriwayatkan oleh At-Tirmizi (812),

———————————————————————————————————-

Nota Kaki:
1. Ibnu Jarir dalam tafsirnya (4/16-17), Al-Uqaili (4/346), Ibnu Adi (7/2280) dan Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab (3692). Syaikh Al-Albani mendhaifkannya dalam “Dhaif Al-Jami’ “
2. Telah disebutkan takhrijnya.
· Nota: Saringan oleh www.darulkautsar.net dari buku terjemahan “AL-Kabair (Dosa-dosa Besar)’ karangan Imam Az-Zahabi. Buku terjemahan asal boleh dicapai di sini- https://drive.google.com/file/d/0B0r1wFGeMOw5eDdpZjM4a2YyRG8/edit
Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Mengadu Domba (Namimah)

  Orang yang mengadu domba adalah orang yang menyampaikan cerita dari satu orang kepada yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *