Friday, May 24, 2019
Home » ASAS ISLAM » Artikel Pilihan » Ciri-Ciri Pemikiran Islam Liberal

Ciri-Ciri Pemikiran Islam Liberal

Download PDF

Pemikiran Islam Liberal telah mereap ke dalam masyarakat Islam Malysia terutamanya di kalangan anak-anak muda dan cendekiawan. Mereka bertapak di pusat-pusat pengajian tinggi dan muncul dalam bentuk pertubuhan sukarela (NGO) dan bergiat aktif dalam masyarakat.

Berikut adalah ciri utama gerakan Islam Liberal:

1. SEKULARISME

Pemikiran Islam Liberal mengatakan sekularisme tidak bercanggah malah sebahagian dari Islam.

2. PLURALISME AGAMA

Semua agama adalah sama di mana semuanya menuju kepada tuhan yang satu. Perbezaan hanya pada cara sampai kepada tuhan tersebut. Agama Islam dan bukan Islam adalah setanding dan sama-sama benar.

3. AL-QURAN BARU EDISI KRITIS

Al-Quran yang ada perlu diedit kerana dikatakan mempunyai kesalahan dan perlu dinilai secara kritis.

4. HERMENEUTIKA

Pentafsiran semula al-Quran menggunakan kaedah ‘hermeneutika’ yang dicelup dari kaedah pentafsiran Bible. Sebagaimana bible dikaji, di mana ayat-ayat yang benar cuba diasingkan dari yang salah, teks al-Quran dikaji dan diubah mengikut selera pentafsir. Menurut kaedah ‘pentafsiran’ ini teks al-Quran tiada bezanya dengan tulisan-tulisan lain dan tidak harus dimuliakan kerana ianya mungkin mengandungi kesilapan.

5. FEMINISME

Perjuangan untuk menyamakan lelaki dan wanita di segala segi. Di antara tuntutannya:

a) Lelaki perlu beriddah selama 130 hari sebagaimana wanita beriddah.

b) Wanita diberi kuasa menjatuhkan talak

c) Pembahagian pusaka sama di antara anak lelaki dan wanita

d) Poligami adalah tidak sah.

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Amalan Membatalkan Pahala

Post Views: 145 Share...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>