Thursday, November 14, 2019
Home » ASAS ISLAM » Syariat- Fiqh » Rukun Islam » Rukun Islam: Muqaddimah

Rukun Islam: Muqaddimah

Download PDF

Muqaddimah

 

 الحمد لله، والصلاة والسلام على من لا نبيّ بعده، نبيّنا محمّد بن عبد الله. وبعد:-

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Nabi yang tidak ada lagi nabi selepas daripadanya, iaitu Nabi kita Muhammad bin Abdullah.

Menyebarkan ilmu Islam mempunyai kesan yang besar dalam menjelaskan hakikat Islam, meneguhkan pendirian agama dan membangunkan umat. Berdasarkan tujuan yang murni ini Universiti Islam Madinah berusaha untuk merealisasikannya melalui jalan dakwah dan pendidikan.

Maka untuk memberi sumbangan ke arah mencapai matlamat tersebut, pihak Jabatan Kajian Ilmiah telah merancang dan menyediakan beberapa projek ilmiah yang bermatlamat, antaranya ialah kajian mengenai Islam dan keindahannya serta menyebarkannya dengan tujuan untuk membekalkan umat Islam dengan maklumat yang tepat dan sahih tentang Islam; aqidah dan syari’ah.

Kajian mengenai “Rukun Islam” ini merupakan salah satu daripada program Jabatan Kajian Ilmiah. Pihak Jabatan telah meminta beberapa orang pensyarah di Universiti Islam supaya menulis tajuk yang telah dipilih, kemudian pihak Lajnah Ilmiah di Jabatan Kajian Ilmiah membuat semakan serta menyempurnakan bahagian-bahagian yang kurang sempurna kemudian mengeluarkannya dengan reka bentuk yang sesuai, dengan menekankan semua topik yang dibincangkan berdasarkan dalil daripada Kitab (al-Quran) dan Sunnah (al-Hadis).

Pihak Jabatan amat mengambil berat agar melalui kajian ini umat Islam di seluruh pelusuk dunia dapat menerima ilmu-ilmu agama yang bermanfaat. Oleh itu pihak Jabatan telah menterjemahkannya ke dalam pelbagai bahasa antarabangsa dan menyebarkannya secara bercetak juga melalui laman-laman web (internet).

Kami memohon kepada Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi agar mengurniakan sebaik-baik ganjaran pahala kepada Kerajaan Arab Saudi di atas sumbangan besar yang telah diberikan untuk Islam, dengan menyebarkan dakwah serta mempertahankannya, juga apa yang telah diterima oleh Universiti Islam Madinah berupa sumbangan kewangan dan naungan.

Kami juga memohon kepada Allah Subhanu wa Ta‘ala agar menjadikan kajian ini sebagai sesuatu yang memberi manfaat serta memberi taufik kepada kami untuk melaksanakan beberapa projek lain lagi dengan limpah kurnia-Nya. Juga agar Allah Subhanu wa Ta‘ala memberi taufik kepada kita semua untuk melakukan perkara yang disukai dan diredhai-Nya, serta menjadikan kita semua dari kalangan para pendakwah dan pendokong kebenaran.

 

وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله نبيّنا محمّد وعلى اله وصحبه وسلم.

 Allah sentiasa berselawat dan salam serta memberkati hamba dan rasul-Nya Nabi kita Muhammad dan ke atas keluarga serta sahabatnya.

 

 Jabatan Kajian Ilmiah.

Universiti Islam Madinah

 

 

 

Ekstraks dari buku “Rukun Islam” terbitan Jabatan Kajian Ilmiah, Universiti Islam Madinah, alih bahasa oleh Dr Abdul Basit Bin Abdul Rahman dengan sedikit suntingan oleh www.darulkautsar.net

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Rukun Pertama: Dua Kalimah Syahadah

  Rukun Pertama: Mengaku Bahawa Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah Dan Bahawa Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *