Tuesday, July 23, 2019
Home » ASAS ISLAM » Fatwa Terkini Dari Pejabat Mufti W. Persekutuan » AL-KAFI #1158: SOLAT JENAZAH GHAIB KEPADA WARGA MUSLIM NEW ZEALAND

AL-KAFI #1158: SOLAT JENAZAH GHAIB KEPADA WARGA MUSLIM NEW ZEALAND

Download PDF

SOLAT JENAZAH GHAIB NZ.JPG

Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti, bolehkah kita solat jenazah ghaib kepada warga Muslim New Zealand yang meninggal dunia baru-baru ini?

 

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Solat jenazah ghaib adalah solat yang dilakukan ke atas mayat yang tidak ada pada tempat tersebut seperti mayat yang berada jauh dari negara asalnya. Dalil pensyariatan solat jenazah ghaib adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى النَّجَاشِىَّ فِى الْيَوْمِ الَّذِى مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW bersedih atas kematian al-Najasyi, lalu Baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bertakbir sebanyak empat kali.”

Riwayat al-Bukhari (1188) dan Muslim (951)

Imam al-Nawawi berkata dalam kitabnya, al-Majmu’: “Mazhab kami membolehkan solat jenazah ghaib bagi yang jauh dari sesuatu negeri manakala Abu Hanifah melarangnya. Dalil yang kami gunakan adalah hadis sahih mengenai al-Najasyi…”. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/211)

Menjawab persoalan di atas, boleh untuk dilakukan solat jenazah ghaib kepada saudara-saudara kita warga Muslim di New Zealand yang meninggal dunia baru-baru ini.

Kami menutup perbincangan ini doa:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”.

Surah al-Hasyr (10)

Semoga Allah tempatkan mereka bersama-sama para syuhada’ dan solihin. Amin.

Source: FATWA TERKINI DARI PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

AL-KAFI #1327 : HUKUM MAJIKAN MENGARAHKAN STAF MENDIRIKAN SOLAT DHUHA BERJEMAAH SEMINGGU SEKALI

Soalan: Assalamu’alaikum S.S Mufti, apakah dibolehkah bagi pihak pejabat menyuruh para staf mendirikan solat dhuha …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *