Sunday, October 20, 2019

Surah Al-Falaq

Download PDF
Tafsir al-Quran ‘(Ringkas) – Surah No 113 – Al-Falaq

سورة الفلق

بسم الله الرحمن الرحيم

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (1) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3) وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (4) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (5)

 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
  1. “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
  1. “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
  1. “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
  1. “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.
[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan trejemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

 

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) –

  1. Surah an-Naas & Surah al-Falaq dinamakan surah “Isti’azah”, surah untuk melindungkan diri kita dari gangguan.
  2. Bila kita beraqidah yang benar, kita akan mempunyai musuh yang ramai, yang kita tidak mampu lawan dengan kudrat dan kemampuan kita sahaja.
  3. Allah akan membantu kita sekiranya kita bergantung kepadaNya, dan kita ikut ajaran nabi s.a.w.
  4. Nabi pun pernah disihir, dan nabi rasa sakit kena sihir. Tiada yang dapat menyembuhkan nabi sehingga Allah turunkan dua surah ini, yang bila dibaca, sihir itu pulih sepenuhnya.
  5. Ahli tauhid Allah bekalkan amalan untuk menjaga diri di antaranya surah ini, yang dibaca pada pagi dan petang dan sebelum tidur.
  6. Nabi telah disihir dengan sebelas helai rambut diikat pada sikat, diletak dalam telaga dan nabi terasa seolah-olah dirinya diikat. Nabi tahu dia disihir dari perbualan dua malakaikat cara untuk melepaskan sihir ialah dengan membaca sebelas ayat dari  surah al-Falaq dan an-Naas.
  7. Semua amalan yang diberi oleh nabi melalui hadis sahih berkesan untuk jaga diri kita. Tapi syaitan pun ajar wirid-wirid untuk jaga diri, wirid untuk kebal dsb sehingga kita abaikan wirid dari nabi dan amalkan wirid dari syaitan ramai manusia jauh dari agama Allah. Untuk pastikan ianya bukan dari syaitan kita kena pastikan dahulu apa yang dari nabi. Syaitan akan ajar sesuatu yang seakan-akan sama dengan yang nabi ajar. Oleh itu, jika manusia jahil tentang ajaran nabi nescaya akan terpedaya dan akan  ambil ajaran syaitan.
  8. Dengan ujian ketakutan atau semangat untuk beribadat, tanpa kenal ajaran nabi yang sebenar, manusia akan mudah tertipu. Akhirnya mereka mati bukan dengan cara nabi.
  9. Apa yang bukan dari nabi jangan kita amalkan.
  10. Amalan yang mengikut nabi saja yang terjamin selamat dan mendapat kasih sayang dari Allah. Tetapi jika tersilap  “cara”  atau “kaifiat” sebagaimana yang  nabi suruh pun tetap tiada jaminan juga. Contohnya, ada kisah nabi suruh sahabat sebut kalimat “nabi” dalam doa, tetapi sahabat tukar kepada  “rasul”,  nabi larang perbuatan tersebut kita perlu jaga betul-betul apa-apa dari nabi, jangan tambah dan jangan kurangi.Ramai manusia yang cenderung untuk menokok tambah dari yang asal, yang nabi ajar.
  11. Orang yang bertauhid perlu pastikan amalan yang sunnah dari nabi, dan mengutamakan akhirat melebihi dunia.
  12. Surah ini dibaca sebelum tidur, dan juga di waktu pagi dan petang.
  13. Surah al-Falaq adalah berkenaan masalah dunia, cukup disebut hanya satu nama Allah, manakala Surah an-Naas adalah berkenaan masalah akhirat, disebut tiga nama Allah.
  14. Katakanlah kepada mereka, “Aku berlindung dengan Allah, Rabb yang mengeluarkan waktu pagi,” Daripada segala kejahatan-kejahatan lain, daripada kejahatan yang Allah ciptakan” “Daripada kejahatan malam bila ia menutupi, daripada kejahatan ahli-ahli sihir yang menyihir dalam simpulan” “Dan dari kejahatan orang yang dengki bila dia ingin melakukan sesuatu untuk menzalimi orang yang didengkinya”
  15. Sekiranya seeorang yang berdengki tidak melakukan sesuatu, hanya amalannya dihapuskan kerana sikap dengkinya itu tetapi bila dia berbuat sesuatu  hasil dari sifat dengkinya, kita minta berlindung dari menerima akibat dari perbuatan tersebut. Kita tidak berlindung dari sifat dengkinya, kerana itu adalah sikapnya yang kita tidak boleh ubah. Cuma kita minta berlindung dari orang yang berdengki bila dia berbuat sesuatu kerana sifat dengkinya kepada kita.
  16. Jadi kita minta perlindungan dari Allah dari berbuat sesuatu dan memberi kesan kepada kita.
Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Surah An-Naas

Tafsir al-Quran ‘(Ringkas) – Surah No 114 – An-Naas   بسم الله الرحمن الرحيم قُلْ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *