Thursday, March 21, 2019
Home » ASAS ISLAM » Artikel Pilihan » Memberi Dan Menerima Rasuah

Memberi Dan Menerima Rasuah

Download PDF

Allah berfirman:

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”. (Al-Baqarah: 188)

Maksud dari kalimat “Janganlah kamu menghulurkan harta kamu kepada hakim”, adalah “jangan kamu merasuah atau menyogok hakim supaya kamu memenangi sesuatu kes yang dibicarakan, sedangkan kamu tahu bahawa hasil keputusan itu tidak halal bagimu.”

Abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w.

“Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah dalam suatu perkara.” 1

Abdullah bin Amru berkata:

“Rasulullah s.a.w melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah.” 2

Para ulama berkata, “Ar-Rasyi adalah orang yang memberi rasuah dan al-murtasyi adalah orang yang menerima rasuah. Laknat akan menimpa orang yang memberi rasuah jika dia bermaksud menyakiti seorang muslim, atau mendapatkan sesuatu yang bukan haknya. Tetapi jika dia memberikan wang rasuah dengan maksud untuk memperolehi haknya atau menolak kezaliman terhapap dirinya, maka dia tidak termasuk orang yang terlaknat. Adapun bagi hakim, rasuah itu adalah haram; samada untuk membatalkan suatu hak atau pun mencegah kezaliman.”

Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa, “Laknat itu terkena juga keatas orang yang menjadi perantara kes rasuah.” 3 Ianya sebagaimana pemberi rasuah, jika niatnya baik dia tidak mendapat laknat, tetapi jika niatnya buruk dia pun dilaknat.

Dalam kitab Sunan Abu Daud diriwayatkan dari Abu Umamah al-Bahiliy bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa memberikan “rekomendasi” bagi saudaranya lalu orang itu memberinya hadiah kerana hal tersebut dan dia menerimanya, sesungguhnya dia telah mendatangi satu pintu terbesar dari pintu-pintu riba.” 4

Abdullah bin Mas’ud berkata, “Adalah “suht” (barang haram) jika kamu menerima pemberian saudara muslim mu atas bantuan yang kamu berikan dalam perkara yang diperlukannya.” 5

Diceritakankan bahawa Masruq memberitahu Ibnu Ziyad bahawa dia (Ibnu Ziyad) mempunyai suatu tanggungan keatas seseorang. Ibnu Ziyad menyelesaikan hal itu. Lalu pemilik hak itu memberi Masruq seorang pelayan sebagai hadiah, namun dia menolaknya. Dia berkata, “Aku pernah mendengar Ibnu Mas’ud berkata, Barangsiapa mengembalikan hak seorang muslim lalu orang itu memberinya sesuatu sedikit atau pun buruk, maka itu termasuk ‘suht’.” Orang yang dibantu Masruq itu berkata, “Wahai Abu Abdurrahman, kami menyangka bahawa suht itu terbatas pada urusan rasuah sahaja.” Masruq menjawab, “Itu adalah kufur” (Diriwayatkan oleh at-Thabraniy secara mauquf kepadanya).

Kita berlindung kepada Allah darinya. Juga memohon ampunan dan ‘afiyah dari segala bala dan kejahatan.

 

__________________________________________

NOTA KAKI:
1 Diriwayatkan oleh Ahmad (2/387, 388), Al-Tirmizi (1336), Ibnul Jarud (585), Ibnu Hibban (5076), Al-Hakim (4/103), Al-Khathib dalam Tarikhnya (10/254). Hadis ini terdapat di dalam Shahih Al-Jami’ (5093).
2 Diriwayatkan oleh Ahmad (2/164, 190, 212), Abu Daud (3580), At-Tirmizi (1337), Ibnu Majah (2313), Ath-Thayalisi (2276), Ibnul Jarud (586), Ibnu Hibban (5077), Al-Hakim (4/102). Dan hadis ini adalah hadis hasan.
3 Dalam hadis Abdurrahman bin Auf menggunakan “Allah melaknat orang yang memakan dan yang memberi makan iaitu memberi rasuah dan yang menerima rasuah. “Asy-Syaikh Al-Abani berkata dalam Al-Irwa’ (8/245) diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Al-Qadha’ dan sanadnya dha’if. Kukatakan, hadis ini diriwayatkan ole Ibu Abi Syaibah (6/549,587), Ath-Thabrani (2/94/1415) dan Al-Baihaqi (5/51) dari Tsauban secara marfu’ dengan lafaz, “Rasulullah melaknat orang yang memberi rasuah, yang menerima rasuah dan perantaranya. “Didha’ifkan oleh Asy-Syaikh dalam Dhai’f Al-Jami’ (4687)
4 Hasan. Diriwayatkan oleh Ahmad (5/261), Abu Daud (3524) dan Ath-Thabrani (7853, 7928) dari Abu Umamah dan dihasankan oleh Asy-Syaikh dalam Shahih Al-Jami’ (6316)
5 Diriwayatkan oleh Abdur Razzaq (8/147 – 148), Ibnu Jarir (6/257), Al-Baihaqi (10/139) dalam Asy-Syu’ab (5116) dan para perawinya tsiqat.

 

 

 

• Nota: Saringan oleh www.darulkautsar.net dari buku terjemahan “Al-Kabair (Dosa-dosa Besar)’ karangan Imam Az-Zahabi. Buku terjemahan asal boleh dicapai di sini- • Nota: Saringan oleh www.darulkautsar.net dari buku terjemahan “Al-Kabair (Dosa-dosa Besar)’ karangan Imam Az-Zahabi. Buku terjemahan asal boleh dicapai di sini- https://drive.google.com/file/d/0B0r1wFGeMOw5eDdpZjM4a2YyRG8/edit
Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Amalan Membatalkan Pahala

Post Views: 136 Share...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>