Sunday, December 8, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Asas-Asas Aqidah Islam (Fiqh Akbar) (page 3)

Asas-Asas Aqidah Islam (Fiqh Akbar)

Kedua Puluh – Hidayat Dan Kesesatan

Allah s.w.t. memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki sebagai limpahan kurniaan-Nya. Allah s.w.t. menyesatkan/membiarkan sesiapa yang dikehendaki sesat, sebagai keadilan-Nya[68] Orang yang disesatkan itu bererti orang itu dibiarkan tanpa diberikan bantuan. Tafsiran kepada tidak diberikan hidayat/dibiarkan ialah Allah tidak memberi tawfiq/kemudahan untuk hamba melakukan apa yang diredhai, sebagai keadilan-Nya. Demikian juga sebagai keadilan, hukuman terhadap orang yang dibiarkan dalam keadaan maksiat. Tidak harus kepada kita mengatakan, syaitan merampas Iman dari …

Read More »

Kedua Puluh Satu – Azab Kubur

  Soalan Munkar dan Nakir dalam kubur adalah benar ada.[70] Pengembalian ruh ke badan manusia dalam kubur adalah benar. Himpitan kubur dan azabnya adalah benar ada kepada semua orang kafir dan sebahagian orang-orang beriman yang melakukan maksiat[71] Setiap sifat Allah yang maha tinggi nama-Nya yang disebutkan oleh para ulama dengan bahasa Farsi, maka itu harus dikatakan begitu kecuali …….(kerana dalam bahasa Farsi bermaksud tangan makhluk) …

Read More »

Kedua Puluh Dua – Kelebihan Ayat-Ayat Al-Quran

Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. dan ia tertulis dalam mushaf-mushaf. Ayat-ayat al-Quran, sebagai ma’na Kalamullah sama dari sudut kelebihan dan keagungan namun setengahnya mempunyai kelebihan sebutan dan keutamaan kandungannya seperti Ayat al-Kursi kerana yang tersebut dalamnya ialah keagungan Allah s.w.t., kebesaran-Nya dan sifat-sifat Nya. Oleh itu, terhimpun dalamnya kelebihan sebutan dan keutamaan kandungan. Sebahagiannya pula hanya mempunyai kelebihan sebutan dan apa yang tersebut iaitu orang kafir tidak mempunyai keutamaan.[73] …

Read More »

Kedua Puluh Tiga – Anak-Anak Rasulullah S.A.W

Qasim, Tahir dan Ibrahim adalah anak-anak lelaki Rasulullah s.a.w. sementara Fatimah, Ruqayyah, Zaynab dan Ummu Kulthum merupakan anak-anak perempuan baginda s.a.w.[74] Sekiranya seseorang itu mengalami kemusykilan dalam perkara halus dalam ilmu Tawhid maka pada ketika hendaklah dia beri’tiqad dengan apa yang benar di sisi Allah[75] sehinggalah dia menemukan seorang yang berilmu lalu dia bertanya kepadanya. Tidak ada ruang baginya untuk melewatkan pertanyaan dan tidak diberikan kemaafan untuk …

Read More »

Kedua Puluh Empat – Tanda-tanda Qiyamat

Kemunculan Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj, terbit matahari di sebelah barat, turunnya Nabi Isa a.s. dari langit dan tanda-tanda Qiyamat yang lain mengikut yang tersebut dalam Hadis-hadis yang Sahih maka itu adalah benar-benar ada. [77] Allah jualah memimpin sesiapa yang dikehendaki ke Jalan yang Lurus. [78]     NOTA KAKI: [77] Tanda-tanda kiamat yang disebutkan oleh imam abu Hanifah ialah tanda-tanda yang besar dan hampirnya …

Read More »