Sunday, December 8, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Asas-Asas Aqidah Islam (Fiqh Akbar) (page 2)

Asas-Asas Aqidah Islam (Fiqh Akbar)

Kesepuluh – Kemuliaan Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w. adalah kekasih, hamba, rasul, nabi dan pilihan Allah. Baginda tidak pernah menyembah berhala, dan tiada pernah syirik walaupun sekelip mata dan tidak sesekali melakukan dosa besar mahupun dosa kecil.[41]   NOTA KAKI: [41] Menurut Syah Waliyullah, ‘Ismah atau kemaksuman atau terpelihara Rasul berlaku dengan tiga sudut. Pertama, Allah mencipta mereka dengan fitrah yang sejahtera, kesempurnaan akhlak dan suci dari kekotoran nafsu maka …

Read More »

Kesebelas – Keutamaan Para Sahabat

Manusia yang paling utama selepas para nabi a.s. ialah Abu Bakar, `Umar, Uthman dan kemudian `Ali al-Murtada r.a. Mereka merupakan ahli ibadat dan teguh di atas kebenaran dan dengan kebenaran kita kasih kepada mereka semua. Kita tidak menyebut seorang pun sahabat Rasulullah s.a.w. melainkan dengan kebaikan sahaja.

Read More »

Kedua Belas – Tidak Boleh Mengkafirkan Orang Beriman

Kita tidak mengkafirkan seorang muslim dengan sebab mana-mana dosa yang dilakukannya walaupun ianya dosa besar[42] selama mana dia tidak menganggap ianya halal.[43] Dan kita tidak menghilangkan (membatalkan) daripadanya nama iman dan kita menamakannya sebagai mu’min pada hakikatnya. Harus, boleh jadi dia seorang mu’min yang fasiq tetapi tidak kafir.   NOTA KAKI: [42] Sesiapa yang masuk dalam Islam dan Iman dalam keadaan yakin dan Tasdiq maka dia tidak terkeluar …

Read More »

Ketiga Belas – Ciri-Ciri Ahli Sunnah

Menyapu khuf adalah sunnah.[44] Sembahyang tarawih pada malam-malam Ramadhan adalah sunnah.[45] Harus sembahyang di belakang setiap (imam) mu’min yang baik dan fasiq.[46] Kita tidak mengatakan orang mukmin itu tidak terjejas dengan sebab dosa-dosanya[47] dan kita juga tidak mengatakan dia tidak akan masuk ke dalam neraka, dan kita juga tidak mengatakan dia akan kekal di dalamnya. Walaupun dia seorang yang fasiq tetapi dia masih beriman semasa meninggal …

Read More »

Keempat Belas – Perkara Yang Merosakkan Amalan

Jika berlaku riya’ dalam mana-mana amalan maka ia akan membatalkan pahala.[52] Demikian juga apabila berlaku `ujub. ____________________________________________________ NOTA KAKI: [52] Riya’ adalah ibadat yang dilakukan kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan termasuk dalam bab ini juga supaya didengari oleh orang lain. Ibadat yang bercampur dengan riya’ ada tiga bentuk: (1) Dari awal lagi tujuan beribadat kerana mahu memperlihatkan kepada manusia. Ini adalah syirik …

Read More »

Kelima Belas – Mukjizat Dan Karamah

Mukjizat itu terbukti berlaku kepada para nabi[53] dan karamah itu benar berlaku kepada para wali.[54] Adapun perkara luar biasa yang berlaku kepada musuh-musuh seperti Iblis, Firaun dan Dajjal seperti yang diriwayatkan dalam hadis, yang telah berlaku dan akan berlaku, itu kita tidak menamakannya sebagai mukjizat tetapi kita menamakannya sebagai perkara yang terjadi hanya untuk memenuhkan keinginan mereka kerana Allah hendak menunaikan keinginan musuh-musuh-Nya sebagai istidraj dan hukuman kepada mereka …

Read More »

Keenam Belas – Sifat Allah Adalah Azali Sebagaimana Zat-Nya

  Allah s.w.t. telahpun bersifat sebagai Pencipta sebelum Dia mencipta dan bersifat pemberi rezeki sebelum memberi rezeki lagi. Allah s.w..t. dapat dilihat di Akhirat dan orang-orang beriman dapat melihat Allah s.w.t. sedang mereka berada dalam syurga, dengan mata kepala mereka, tanpa tashbih, tanpa kayfiyat dan tanpa ada jarak antara Dia dan makhluq-Nya. [56] Imam itu adalah mengakui dan membenarkan. Iman penduduk langit dan bumi tidak …

Read More »

Ketujuh Belas – Dosa Dan Pahala

  Allah s.w.t. melimpahkan kurniaan kepada hamba-hamba-Nya, adil dalam memberikan pahala. Boleh jadi, Dia memberikan berganda-ganda daripada apa yang patut diterima hamba[59], kerana limpah kemurahan-Nya.[60] Allah s.w.t. mungkin menghukumkan seksa kerana dosa sebagai keadilan-Nya dan mungkin Dia mengampunkannya, sebagai limpahan-Nya[61].   NOTA KAKI: [59] Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan segala kebaikan dan kejahatan. Maka sesiapa yang bercita-cita dengan melakukan satu kebaikan dan belum dia …

Read More »

Kelapan Belas – Shafa’at Para Nabi-Nabi A.S

  Shafa’at para nabi a..s. itu benar.[62] Shafa’at Rasulullah s.a.w. untuk orang-orang yang beriman, dan untuk pendosa-pendosa besar yang layak diazab, itu adalah benar dan sabit ada.[63] Amalan ditimbang dengan Neraca pada hari Qiyamat itu benar.[64] Kolam Rasulullah s.a.w. itu benar[65] Balasan di kalangan orang yang bermusuhan itu benar, melalui cara diberikan kebaikan. Jika tidak ada berbaki kebaikan maka kejahatan pula dicampakkan kepada mereka.[66]   …

Read More »

Kesembilan Belas – Keabadian Syurga Dan Neraka

Syurga dan neraka itu (telah pun) ada pada hari ini[67] dan ia tidak akan binasa buat selama-lamanya. Bidadari tidak mati buat selama-lamanya. Keseksaan dan pahala dari Allah s.w.t. tidak akan terhenti buat selama-lamanya.     NOTA KAKI: [67] Allah berfirman, mafhumnya: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amalan baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang seluas langit dan bumi, yang telah disediakan bagi …

Read More »