Friday, May 24, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Asas-Asas Aqidah Islam (Fiqh Akbar)

Asas-Asas Aqidah Islam (Fiqh Akbar)

Muqaddimah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Asas tauhid[1] dan perkara yang sah untuk diasaskan i’tikad[2] di atasnya ialah seseorang itu wajib mengucapkan: saya beriman[3] dengan Allah,[4] para malaikat-Nya,[5] kitab-kitab-Nya,[6] Rasul-rasul-Nya,[7] kebangkitan selepas kematian,[8] ketentuan baik dan buruk[9] daripada Allah, Perhitungan, Timbangan, syurga dan neraka. Semuanya itu hak. Allah s.w.t itu satu,[10] bukan dari segi bilangan[11] tetapi dari segi tiada sekutu bagi-Nya, tiada melahirkan …

Read More »

Pertama – Sempurnanya Sifat-Sifat Allah s.w.t Azali Dan Abadi

Dia sedia kala dan berkekalan dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya yang zati dan fi’li. Sifat-sifat zati[14] itu ialah hidup, kuasa, ilmu, kalam, mendengar. melihat dan kehendak. Manakala sifat fi’li ialah menciptakan, merezkikan, mengadakan, mereka, membuat dan sifat fi’li yang lain. Allah tetap azali dengan sifat-sifat dan nama-namaNya. Tidak ada satupun nama dan sifatNya baru bertambah.[15] Dia sedia kala mengetahui dengan ilmuNya , dan ilmu itu sifat …

Read More »

Kedua – Al-Quran Kalam Allah

Al-Quran adalah kalam Allah ditulis dalam lembaran, dihafaz dalam hati-hati, dibaca dengan lidah-lidah, diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, lafaz kita yang menyebutkan al-Quran adalah makhluk, tulisan kita akan al-Quran adalah makhluk, bacaan kita akan al-Quran adalah makhluk. Tetapi al-Quran bukan makhluk.[17] Apa yang Allah sebutkan dalam Al-Quran sebagai menceritakan tentang nabi Musa dan nabi-nabi Nya yang lain dan tentang Firaun dan Iblis, semuanya itu adalah kalam …

Read More »

Ketiga – Sifat-Sifat Allah s.w.t Tidak Menyerupai Makhluk-Makhluk

Dan semua sifat-sifatNya tidak serupa dengan sifat-sifat makhluk. Dia Maha Mengetahui, tidak seperti pengetahuan kita. Dia Maha Berkuasa, tidak seperti kuasa kita. Dia Maha Melihat, tidak seperti penglihatan kita. Dia Maha Mendengar, tidak seperti pendengaran kita. Dia berkata-kata tidak seperti kalam kita (kerana) kita berkata-kata dengan alat (mulut, lidah) dan huruf. Allah berkata-kata tidak dengan alat dan huruf. Huruf adalah makhluk sedangkan Kalam Allah bukan makhluk[19]   …

Read More »

Keempat – Kewujudan Allah

Dia adalah sesuatu[20] (yang ada) tidak seperti sesuatu-sesuatu yang lain. Makna sesuatu ialah mensabitkanNya tanpa jisim, bukan jawhar[21] dan buka `arad.[22] Tiada had atau sempadan bagi Nya.[23] Tiada yang sebanding dan setara dengannya. Tiada yang serupa dengan Nya. Allah menyebutkan dalam al-Quran bahawa bagi Nya Tangan, Wajah dan Diri. Apa sahaja daripada perkara tersebut yang dinyatakan di dalam al-Quran, itu adalah sifat baginya tanpa kayfiyat (yang diketahui). …

Read More »

Kelima – Kesempurnaan Ilmu Allah S.W.T

Allah s.w.t. mengetahui benda yang tiada pada masa ketiadaanya itu sebagai tiada dan Dia mengetahui bagaimana keadaannya pada masa akan diadakannya. Allah s.w.t. mengetahui benda yang wujud pada keadaan wujudnya dan Dia mengetahui keadaannya apabila ianya akan binasa. Allah s.w.t. mengetahui orang yang berdiri pada keadaannya sebagai berdiri dan apabila ia duduk. Allah s.w.t. mengetahui ia duduk pada keadaan duduknya tanpa berlaku perubahan atau bertambah ilmu …

Read More »

Keenam – Fitrah Kejadian

Allah s.w.t. menciptakan makhluk (manusia dan jin) dalam keadaan kosong dari kekufuran dan iman kemudian Dia menitahkan mereka dan memerintahkan mereka dan melarang mereka. Ada yang menjadi kufur dengan perbuatan, keingkaran dan penentangannya terhadap kebenaran dengan Allah membiarkannya. Ada yang beriman dengan perbuatan, pengakuan dan pembenarannya dengan tawfiq[32] dan pertolongan Allah s.w.t. Allah s.w.t. mengeluarkan zuriat Adam dari tulang sulbinya, dan menjadikan mereka orang yang berakal (memberikan kepada mereka …

Read More »

Ketujuh – Perbuatan Manusia Adalah Dengan Ikhtiarnya

Allah s.w.t tidak memaksa kekufuran ke atas sesiapapun dari kalangan makhluknya dan tidak menciptakan mereka dalam keadaan beriman dan kufur.[35] Tetapi Allah menciptakan mereka dalam keadaan kosong. Iman dan kufur itu perbuatan hamba.[36] Allah s.w.t mengetahui orang yang kufur dalam keadaan kufurnya sebagai kafir dan apabila dia beriman selepas itu. Allah mengetahui dia sebagai beriman dalam keadaan imannya dan Dia mengasihinya tanpa berubah ilmu dan sifat-Nya.   …

Read More »

Kelapan- Perbuatan Manusia Adalah Makhluk

Semua perbuatan hamba, sama ada pergerakan atau diam adalah usaha[37] mereka secara hakikat dan Allah s.w.t. yang menciptakannya.[38] Kesemua ketaatan adalah wajib dengan perintah Allah, dengan Kasih-Nya, keredhaan-Nya, Ilmu-Nya, Kehendak-Nya, Qada’ dan Qadar-Nya, Kesemua maksiat dengan Ilmu, Qada, Qadar-Nya dan Kehendak-Nya tetapi bukan dengan Kasih, Redha dan Perintah-Nya.[39]   NOTA KAKI: [37] Kasb atau usaha merupakan gerakan dari dalaman atau jiwa manusia untuk melakukan sesuatu perkara. Terjadinya …

Read More »

Kesembilan – Sifat Para Nabi

Kesemua para nabi suci dari dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar, kekufuran dan kekejian. Bagaimanapun, berlaku juga kepada mereka kegelinciran dan kesalahan.[40]   NOTA KAKI: [40] Yakni sesuatu yang tidak disengajakan berlaku kepada mereka seperti Nabi Adam memakan buah pohon larangan dan peristiwa Nabi Musa memukul orang qibti tiba-tiba ia meninggal dunia. Namun semuanya itu ada hikmah di sebaliknya.

Read More »