Friday, January 17, 2020

Memanggil Ruh (Tahdhir Arwah)

Download PDF

4.16 Memanggil Ruh (Tahdhir Arwah)

Tahdhir Arwah bererti memanggil roh. Ia bukan dari ajaran nabi Muhammad s.a.w., bukan ajaran sahabat, tabi ’in atau para ulama’ Islam dahulu. Apa yang berlaku dalam peristiwa memanggil roh ialah seseorang itu menyerukan sesuatu kemudian berlaku pula ementar pada diri orang berkenaan dan suara pula berubah dengan suatu suara yang lain yang bukan suaranya lagi. Hal ini berlaku dalam beberapa ketika.

Ada yang berlaku dan mendakwa yang datang itu sebagai syeikh tertentu seperti Wali Songo, Nabi Khaidir atau sebagainya. Dalam hal ini para ulama’ ada memberikan fatwa bahawa ia adalah suatu perbuatan yang tidak diharuskan, kerana yang datang semasa panggilan itu dibuat sebenarnya bukan roh para nabi atau wali tertentu bahkan yang datang itu ialah suatu makhluk halus yang dikenali sebagai jin atau syaitan yang menjelma dalam bentuk suara orang tertentu, yang sememangnya ia boleh melakukannya.

Hakikat roh orang yang meninggal sama ada baik atau tidak adalah dibawah kekuasaan Allah, sedikit pun tidak ada kuasa lain yang boleh menguasai roh-roh itu. Mesyuarat Panel Kajian Aqidah ke-25/2003 telah mengambil keputusan bahawa mengamalkan tahdhir arwah adalah haram.

Huraian

Dikalangan orang barat ada pekerjaan yang menjalankan urusan mengenai memanggil roh orang yang telah meninggal dunia. Begitu juga berlaku dikalangan pengamal perbomohan Melayu, India dan Cina. Ia hampir sama dengan perbuatan atau amalan menurun. Imam Ibn Qayyim menjelaskan bahawa selepas mati, roh akan kembali ke alam barzakh yang mana Rasulullah telah melihat roh-roh tersebut dilangit dunia ketika isra’ dan mikraj.

Cara yang biasa dilakukan dalam amalan tahdhir al-arwah ialah dengan melalui pengantara dengan menjampi kalimah tertentu atau dengan melepaskan asap kemenyan dan sebagainya sehingga pengantara itu tidak sedarkan diri. Di antara ulama yang menolak amalan tahdir al-arwah ini seperti Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Muhammad al-Ghazali, Dr. Muhammad Muhammad Hussain dan lain-lain.

Syeikh Muhammad Mitawalli al-Sya’rawi dalam kitabnya “Fatawa” menjelaskan bahawa amalan tahdir al-arwah adalah satu pembohongan semata-mata. Beliau menjelaskan bahawa sebenarnya amalan tersebut adalah menghadirkan jin.

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Hadith Palsu Atau Maudhu’

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *