Sunday, December 8, 2019

Meditasi

Download PDF

4.28. Meditasi

Mesyuarat Panel Kajian Aqidah yang ke 22/2002  pada 28-29 Oktober 2002 telah memutuskan bahawa amalan meditasi adalah bercanggah dengan Islam dan bukan dari ajaran Islam.

Huraian.

Erti meditasi : Fikiran yang mendalam terutama mengenai perkara-perkara kerohanian. Meditasi adalah dari amalan Yoga. Jika ada amalan pernafasan di kalangan orang Islam, kemungkinan semuanya berasal dari Yoga Hindu kerana ianya tiada asal di dalam Al Quran dan Hadis. Yoga adalah sambungan roh individu dengan roh alam semesta atau kesatuan roh individu dengan Allah. Dalam amalan Yoga bila menghisap nafas kata dalam hati “ Jesus anak Tuhan “ dan bila menghembus nafas katalah “ rahmatilah kami “. Juga terdapat di kalangan orang Melayu, apabila menghembus nafas di sebut “ Allah “ dan bila menarik nafas disebut “ hu”. Yoga adalah falsafah Hindu yang mengawal kita, mengawal minda, deria dan jasmani untuk menghasilkan pengalaman mistik serta paduan jiwa individu dengan roh alam semesta. Dalam Islam tidak wajar digunakan perkataan meditasi tetapi lebih tepat digunakan muraqabah iaitu ibadat pada maqam ihsan. Muraqabah tasawuf wahdat al wujud ada persamaan dengan meditasi Yoga Hindu bukan muraqabah pada maqam ihsan.(Rujuk PKA ke- 21/2002, pada 26-27 Ogos 2002) Walau bagaimanapun muraqabah tidak sama dengan meditasi, kerana muraqabah adalah ibadat, tetapi Yoga adalah falsafah Hindu, untuk mengawal kita, mengawal minda, deria dan jasmani untuk menghasilkan pengalaman mistik serta paduan jiwa individu dengan roh alam semesta. Yoga adalah satu sistem meditasi bertujuan mahu bersatu roh pertapa dengan roh alam semesta. Dalam mistik Hindu Brahman adalah roh alam semesta. Brahman adalah kekal ada di seluruh semesta

 

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Hadith Palsu Atau Maudhu’

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *