Saturday, December 14, 2019

Makhluk Halus

Download PDF

4.26 Makhluk Halus:

Syaitan, jin, hantu polong dan sebagainya digolongkan sebagai makhluk halus. Mereka boleh mengganggu manusia dengan berbagai bentuk dan cara. Oleh kerana mereka hidup di dunia bersama dengan manusia, Allah memerintahkan orang Islam memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam. Gangguan syaitan seperti rasukan, histeria, tidak sedar diri, meronta, muntah dan lain-lain. Dalam al-Quran ada menyebutkan tentang ayat yang menyentuh mengenai penyembuhan penyakit, antaranya ayat 82 Surah Isra’, dan disokong oleh beberapa hadith sahih, bahawa nabi menggunakan beberapa ayat al-Quran di samping doa terutama mengenai penyakit spiritual. Amalan sahabat juga banyak. Makhluk halus meliputi; lblis, Syaitan, Jin, Qarin, Hantu dan Ifrit. Kita umat Islam dilarang menjadikan makhluk halus sebagai sahabat rapat kerana dibimbangi membawa kepada masalah aqidah yang tidak selamat. Dalam masalah makhluk halus seperti diterangkan di atas ada pihak yang mencari makhluk tertentu untuk didekati atau dijadikan sahabat dan kawan, sedangkan agama kita melarang berbuat sedemikian (sila rujuk surah al-Jin ayat 6), kerana jika terjadi perkara buruk seperti kematian terhadap orang berkenaan akan membawa mudarat yang amat besar. Aqidah tidak akan selamat. Oleh itu perlulah dijauhi dan sentiasa memohon kepada Allah agar terhindar dari makhluk halus.

 

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Hadith Palsu Atau Maudhu’

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *