Saturday, December 14, 2019

Perkara Ghaib

Download PDF

4.25 Perkara Ghaib

Percaya kepada yang ghaib adalah termasuk dalam keprcayaan daripada unsur-unsur yang terkandung dalam Rukun Iman yang enam, rujuk surah al-Baqarah, ayat 3. iaitu mereka percaya kepada yang ghaib. Dalam perkara yang ghaib itu kita telah ditentukan dengan perkara-perkara berikut iaitu:

  • Beriman kepada yang paling ghaib yang sama sekali tidak boleh dilihat oleh kekuatan pancaindera dan akal manusia iaitu Allah S.W.T.
  • Beriman kepada yang belum dilihat iaitu malaikat, asal kitab Allah dan akhirat yang meliputi syurga, neraka, alam barzakh, mahsyar, berita lain yang berkaitan dengan akhirat
  • Beriman kepada semua perkara yang difirman oleh Allah s.w.t. yang sememangnya Allah yang maha mengetahui yang ghaib dan Dia tidak menyatakan kepada seseorang pun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada rasul yang diredhaiNya (surah al-Jin ayat 26 – 27). Sedangkan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah kecuali apa yang Allah kehendaki (surah al- Baqarah, ayat 255).

Ghaib ada dua macam iaitu, ghaib mutlak dan ghaib terikat atau terbatas;

  1.  Ghaib mutlak hanya diketahui oleh Allah.
  2. Ghaib terbatas dapat diketahui oleh orang yang tertentu dengan izinNya (Al-Syaarawi, h.97) Dalam masalah perkara yang ghaib ini ada pihak tertentu mendakwa dia dapat mengetahui alam ghaib hatta kepada Luh Mahfuz dan sebagainya. Biasanya orang yang mendakwa begitu adalah terdiri dari mereka yang kononnya telah sampai ke tahap hampir dengan Allah, biasanya dari ahli ibadat atau golongan yang menganggap diri sebagai sufi. Ada juga dari mereka yang melakukan kerja perbomohan atau pawang. Dalam hal ini adalah suatu yang bertentangan dengan firman Allah seperti maksud ayat-ayat diatas.

 

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Hadith Palsu Atau Maudhu’

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *