Saturday, December 14, 2019

Tafsir Bebas

Download PDF

4.23 Tafsir Bebas:

Pada masa ini ada pihak tertentu telah cuba mentafsirkan ayat al-Quran dengan pemikiran sendiri tanpa merujuk kepada sumber yang berautoriti seperti dari tafsir para ulama’ yang muktabar, mereka ini telah menganggapkan bahawa semua orang Islam boleh memberikan tafsiran sendiri mengikut keadaan masa dan tempat. Sebagai contoh seseorang yang selalu menggunakan al-Quran sebagai alat yang boleh mengabui mata mangsa tertentu, khasnya dalam cara perubatan tradisional, mereka telah mentafsir ayat-ayat tertentu dengan tujuan yang bukan syari’e. Biasanya mereka cuba mentafsir dengan akal dan nafsu atau mengikut kepentingan sesuatu semata-mata. Berlaku di kalangan guru-guru ajaran sesat yang telah menggunakan ayat al-Quran dan dihuraikan mengikut kehendak mereka sendiri, jauh dari asas kebenaran kerana tidak merujuk kepada kitab tafsir yang muktabar maka ketika itu berlaku penyelewengan, ini jelas sekali bila dilihat kepada ajaran Ilmu Hakikat Insan yang dibawa oleh Haji Ahmad Laksamana dalam bukunya Hakikat Insan 1985 yang diterbitkan di Kota Bharu, Kelantan. Tanpa nama penerbit. Contoh lain ialah tafsiran yang dilakukan oleh golongan Islam Liberal telah memberikan tafsiran bahawa semua agama adalah betul dan diakui oleh Allah kerana agama-agama adalah dari Tuhan yang sama. Perkara ini adalah suatu yang amat bahaya kepada aqidah umat Islam dan ianya perlu ditentang dengan bijaksana. Tafsiran bebas adalah racun terbesar bagi kita. Sebenarnya dalam hal ini kita dapati setiap mazhab menceritakan ayat-ayat al-Quran mengikut mazhab masing-masing, contohnya kitab al-Tuhfah al-Mursalah oleh Muhammad Fadhlullah al-Burhanpuri mengadakan dalil dari ayat-ayat al-Quran untuk menguatkan fahaman wahdatul wujudnya, sedangkan kesemua dalil yang dibawakan itu tidak menunjukkan kepada fahamannya, kerana berlawanan sama sekali dengan apa yang dibawakan oleh ulama tafsir yang muktabar.

 

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Hadith Palsu Atau Maudhu’

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *