Saturday, December 14, 2019

Rabitah

Download PDF

4.19 Rabitah

Maksud rabitah di segi bahasa ialah; hubungan atau  ikatan. Dilihat dari segi hukum, ada tiga jenis rabitah  iaitu; wajib, sunat dan harus. Rabitah yang wajib seperti mengadap kiblat dalam sembahyang, ka’abah, menjadi rabitah wajib, sedangkan yang disembah ialah  Allah. Yang sunat ialah seperti pandangan ma’mum  terhadap imam semasa berjemaah. Yang harus pula  ialah seperti memandang benda yang baik pada waktu  kita hendak melakukan sesuatu agar ia menjadi baik pula. (lihat Dr. Abu Bakar Achih, Pengantar Ilmu  Tarekat Dan Tasawuf, 1993, Kota Bharu, h.89).

Dari segi amalan tasawuf, murid-murid diibaratkan  orang buta yang harus mengikuti gurunya yang matanya jelas melihat. Dialah yang dikatakan guru  mursyid iaitu yang karam dalam laut  muraqabah.

Hakikat rabitah bagi ahli tarekat ialah bersahabat  atau  sebanyak mungkin beserta dengan  mursyid atau  dengan guru-guru yang pandai, yang hatinya selalu  ingatkan Allah. (Dr. Abu Bakar Achih, 1993. h. 90).

Mursyid bermaksud; orang yang memberi ilmu dan bimbingan kepada murid, tidak kira dalam bidang apa sekali pun. Tetapi apa yang menjadi kemusykilan ialah  penggunaan istilah guru mursyid di kalangan orang  tarekat tasawuf begitu menonjol kepada suatu  kefahaman yang lain seolah-olah dan semacam dengan  imam yang ma’sum seperti dalam ajaran Syiah. Dengan itu setiap murid mesti patuh dan taat seratus peratus kepada guru berkenaan tanpa soal.

Inilah yang boleh membawa kepada penyelewengan  aqidah. Syeikh Mursyid merupakan satu perkara yang baik  pada prinsipnya dan boleh diterima sebagai kaedah  pendidikan rohani tetapi hendaklah tertakluk kepada kaedah-kaedah tertentu seperti tidak boleh mentaati syeikh dalam perkara yang jelas bercanggah dengan syarak dan sebagainya.(PKA ke-27/2004)

 

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Hadith Palsu Atau Maudhu’

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *