Saturday, December 14, 2019

Menurun (Istinzal Arwah)

Download PDF

4.17 Menurun (Istinzal Arwah)

Istinzal arwah atau menurun pada hakikatnya adalah satu keadaan menyebabkan seseorang itu diresapi oleh makhluk halus yang dipanggil. Hal tersebut akan menyebabkan makhluk tadi sebati dalam diri orang yang menurun, dan menguasai perasaan, fikiran, tutur kata dan jasad orang yang berkenaan. Terdapat upacara perubatan tradisional dilakukan ketika seseorang itu dalam keadaan menurun. (Dr. Amran Kasimin, Liku-liku Iblis Menipu Manusia, 1992, KL. H 82). Melakukan kerja dan urusan seperti ini tidak dibenarkan oleh agama kerana ianya boleh membawa seseorang pengamal itu termasuk dalam keadaan yang dirinya tidak dapat dikawal sendiri tetapi sudah tergolong dalam orang yang dikawal dan diluasai oleh suatu kuasa lain yang boleh disebut sebagai makhluk halus. Pengamal tersebut dalam keadaan separuh sedar itu jika berlaku sesuatu diluar syariat, sudah tentu boleh membawa kepada dosa besar, bahkan lebih besar lagi jika berlaku kematian maka ia tergolong dalam golongan su’ul khatimah atau orang-orang yang sesat.

 

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Hadith Palsu Atau Maudhu’

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *