Sunday, December 8, 2019

Keramat

Download PDF

4.11. Keramat

Keramat ialah sesuatu yang diluar tabi’i yang diberikan kepada seseorang hamba yang soleh (Istilah Usuludin dan Falsafah,KL, DBP.h. 211). Keramat iaitu anugerah dari Allah. Ia tidak boleh dikuasai seseorang. Keramat ialah kemuliaan Tuhan dalam menjaga hambaNya yang soleh dan taat agar kemuliaan hambaNya tetap terjaga. Yang berlainan antara mukjizat dan keramat ialah mukjizat dikhususkan kepada rasul dan nabi sedangkan keramat adalah dianugerahkan kepada umum orang mukmin soleh.

Huraian:

Keramat banyak berlaku kepada para ulama’ dan orang soleh sejak dahulu sehingga kini. Penyelewengan dalam hal keramat ini di Alam Melayu bila kita lihat dari sudut pemujaan terhadap sesuatu. Umpamanya pemujaan terhadap kubur-kubur yang dianggap wali keramat, perigi yang selalu digunakan oleh orang soleh, keris atau senjata tertentu.

 

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Hadith Palsu Atau Maudhu’

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *