Saturday, December 14, 2019

Tangkal Azimat

Download PDF

4.9. Tangkal Azimat:

Azimat dalam bahasa Arab disebut al-tama ’im, iaitu tangkal yang biasa dipakai di leher, tangan atau di pinggang. Azimat ada berbagai bentuk. Ada dari kayu, rotan, paku, kertas, keris dan lain-lain, seperti kertas yang berajah dan bertulisan tertentu, kemudian dibungkus dengan kain putih, hitam atau kuning. Dalam perkara ini Nabi s.a.w. pernah menegah seorang lelaki menggunakan sesuatu berbentuk gelang di lengannya (HR Ahmad dan Hakim). Maksud hadith Nabi s.a.w.:

“Barangsiapa menggantungkan ‘azimat maka sesungguhnya ia menjadi musyrik” (H R Ahmad).

Hukum memakai tangkal azimat pula, jika tangkal  azimat itu dari ayat al-Quran atau yang mengandungi nama-nama Allah atau sifat-sifatNya, para ulama salaf telah berselisih pendapat kepada dua:-

Pertama: pendapat Saidatina Aisyah r.a, Abu Jaafar Muhammad bin Ali dan lain-lain mengharuskan memakainya.

Kedua: pendapat Abdullah bin Mas’ud, Al-Aswad bin Hakim dan lain-lain, tidak mengharuskannya. Dalam memilih d iantara dua pendapat tersebut Dr. Yusof Al-Qardhawi memilih pendapat yang kedua, iaitu tidak mengharuskannya. Dalam kitab Mastika Hadith jilid pertama terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ada menyebut seperti berikut:

“tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram sekiranya mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor”. ( h.37)

Nabi s.a.w. menegah seorang lelaki menggunakan sesuatu berbentuk gelang di lengannya . Maksud hadith Nabi:

“Barangsiapa menggantungkan azimat maka sesungguhnya ia menjadi musyrik” (HR Ahmad dan Hakim).

 

 

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Hadith Palsu Atau Maudhu’

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *