Saturday, December 14, 2019

Hulul

Download PDF

4.7 Hulul

Hulul adalah suatu istilah dalam tasawuf yang bermaksud Allah menempati pada makhluk. Hulul bukan dari ajaran Islam dan sememangnya amat bertentangan dengan al-Quran , hadith dan ijma’ ( Tafsir Ibnu Kathir, Surah Qaf, ayat. 50).

Huraian:

Erti asal perkataan hulul ialah bersatu dua jisim sehingga apabila disebut yang pertama termasuk juga yang kedua seperti hulul air mawar dalam bunga mawar. Aliran hulul beriktikad bahawa Allah menempat dalam setiap sesuatu dan dalam setiap juzu’ (bahagian) daripada sesuatu sehingga boleh dikatakan bahawa setiap sesuatu itu adalah Allah, penjelmaan Lahut ke dalam Nasut. Hulul Lahut ke dalam Nasut itu adalah seperti Hulul Allah dalam jasad Nabi ‘Isa menurut ‘iktikad Agama Kristian. Bagi Husin bin Mansur al-Hallaj nasut itu adalah aspek luaran bagi Lahut (manusia aspek luaran bagi Allah). Hulul adalah bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia adalah bukan dari ajaran Islam.

 

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Hadith Palsu Atau Maudhu’

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *