Sunday, December 8, 2019

Mimpi

Download PDF

4.6. Mimpi:

 Mengenai mimpi orang awam bukan hujah menurut Ijma’ Ulama’, mimpi tidak boleh dijadikan sumber hukum dan aqidah.( lihat kitab ‘Ia’anah al-Talibin, jld.1, hal. 230 dan rujuk Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-36 pada 15 Disember 1994)

Huraian:

 Mimpi ada dua perkara, ada mimpi yang baik dan mimpi yang buruk. mengenai yang baik ia bukan juga boleh dijadikan sandaran, apatah lagi yang buruk. Syarak menetapkan sumber hukum dari Al-Quran dan Al-Sunnah yang kemudiannya diikuti ijma’ dan qias. Sumber mimpi dikesani datang dari Ilahi dan dari syaitan dan ada nafsani (psikologi). Sukar untuk diyakini sesebuah mimpi itu dari mana sumbernya yang sebenar, namun begitu mimpi para nabi adalah benar, kerana ia dilindungi oleh ‘ismah, sedangkan selain mereka tidak dilindungi. Oleh itu mimpi hendaklah dinilai terlebih dahulu sama ada ia bersesuaian dengan wahyu atau tidak. Sama ada khabar gembira atau tidak.

 

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Hadith Palsu Atau Maudhu’

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *