Sunday, December 8, 2019

Yaqazah

Download PDF

4.5. Yaqazah:

Mengenai Yaqazah bersama Rasulullah s.a.w. secara jaga dan sedar selepas baginda wafat adalah suatu perkara yang sukar dipercayai. Mesyuarat Panel Kajian Aqidah (PKA) merumuskan ia adalah suatu pemikiran luar yang dibawa masuk ke dalam pengajian Islam. Pengalaman beryaqazah oleh orang tasawuf dengan Rasulullah s.a.w. hanya laporan dari pengalaman individu yang tidak ma’sum, oleh itu ia tidak boleh diterima dalam hal-hal yang membabitkan agama, apa lagi yang menjurus kepada bidang aqidah dan syari’at Islam.

Huraian :

Maksud Yaqazah yang ditakrif oleh al-Jurjani iaitu sesuatu kefahaman yang dipercayai bersumber daripada Allah melalui suatu kejutan rohani yang bertujuan melarang.

( الفهم عن الله تعالى ما هو المقصود بزجره )

Difahamkan dari takrif ini Yaqazah adalah suatu kejutan dalam rohani yang berupa amaran supaya menjauhi sesuatu. Kejutan ini difahamkan bersumber dari Ilahi. Ada lagi istilah Yaqazah dipakai dengan erti bertemu nabi dan menerima sabdanya dalam jaga. Ini yang dipakai oleh Asha’ari Muhammad bekas ketua Jamaah Kumpulan al- Arqam yang diharamkan oleh Kerajaan pada tahun 1994. Oleh itu kalau ada dakwaan tentang bertemu nabi dalam masa jaga tentulah suatu perkara yang tidak boleh diterima sama sekali mengikut syarak. (Penjelasan mengenai konsep Yaqazah sila lihat dalam Jurnal Penyelidikan, JAKIM bil. 13/2000)

 

 

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Hadith Palsu Atau Maudhu’

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *