Sunday, December 8, 2019

Kasyaf Dan Ilham

Download PDF

4.4. Kasyaf Dan Ilham:

Kasyaf bukan menjadi sumber ajaran dan ilmu dalam Islam. Jauh sekali dari menjadi hujah dalam syari’at dan aqidah Islam, kerana ia datang bukan dari mereka yang ma’sum seperti Nabi atau Rasul. Kalau ada yang mendakwakan telah menerima kasyaf perlu diteliti dahulu apa yang dibawakan itu bentuk dan perkara agama atau tidak. Sekira perkara agama dan ia bertentangan dengan al-Quran atau hadis maka perlu ditolak , kalau tidak bertentangan maka ia boleh diterima. Oleh itu asas penerimaan bukan kasyaf tetapi sumber syara’ iaitu al-Quran dan al-Sunnah . Begitu juga ilham.

Huraian :

  • Kasyaf menurut al-Jurjani dalam kitab al-Ta’rifatnya bermaksud menyingkap maklumat di sebalik hijab atau tabir yang berupa perkara ghaib dan perkara-perkara yang benar ada; ( الإطلاع على ماوراء الحجاب )
  • Ilham pula ialah sesuatu yang dicampak dalam hati dengan cara anugerah seperti keterangan oleh al-Jurjani:

( ما يلقى فبالروع بطريق الفيض )

  • Kasyaf dan Ilham tidak termasuk dalam Asbab al-Makrifah atau sumber ilmu yakin, kerana sumber ilmu ini hanya tiga (3) perkara:-
  • Pancaindera yang sejahtera.
  • Khabar yang benar iaitu Al-Quran dan Hadith.
  • Akal yang sihat

Beberapa istilah lagi yang hampir sama iaitu Ilmu Laduni, Ilmu Zauq, Ilmu Batin dan Ilmu Rahsia-Rahsia. (Penjelasan mengenai konsep Kasyaf dan Ilham sila lihat dalam kertas kerja berkaitan dalam Mesyuarat Panel Kajian Aqidah (PKA) ke 15/2000

 

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Hadith Palsu Atau Maudhu’

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *