Sunday, December 8, 2019

Nur Muhammad

Download PDF

4.3. Nur Muhammad:

 Nur Muhammad lahir dari falsafah martabat tujuh dan wahdat al-wujud juga, ia bukan dari asal pemikiran Islam. Nur Muhammad dari segi bahasa ialah cahaya yang dihubungkan dengan Nabi Muhammad s.a.w. Dari segi istilahnya ialah ciptaan Allah yang pertama sebelum Ia menciptakan makhluk yang lain. Cahaya ini diciptakan daripada Nur Allah. Pada konsep asal bagi orang yang menerima kewujudannya, Nur ini sama dengan rupa kejadian Nabi Muhammad s.a.w. Perkataan yang sama maksud dengan Nur Muhammad ialah seperti al-‘Aql al-Awwal, Ta’yun Awwal, al-Insan al-Kamil, Qutub, Ghawth dan lain-lain.

PKA ke 9/1997 berpendapat Nur Muhammad bukanlah berdasarkan nas yang kuat, oleh itu ia tidak dianggap sebagai dasar syara’ bahkan sebagai suatu spekulasi sahaja

Huraian:

Dalam kepercayaan kepada Nur Muhammad ia mengandungi beberapa perkara iaitu:-

  • Nur Muhammad bersifat Qadim dan Azali.
  • Dijadikan Nur Muhammad terlebih dahulu sebelum dijadikan alam.
  • Semua alam dijadikan dari Nur Muhammad. Sandaran kepada pemikiran begini ada dibawakan hadis-hadis maudhu atau palsu. Kepercayaan-kepercayaan di atas adalah bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadith sahih. Hanya terdapat hadith yang bertaraf Mustaqim sahaja, dan ia tidak boleh dijadikan asas, dalil dan hujah dalam bidang aqidah. (Penjelasan mengenai konsep Nur Muhamad sila lihat dalam Jurnal Penyelidikan , bil. 12/1999 dan kertas kerja bertajuk Nur Muhammad oleh Dr. Huda Muhsin dalam Mesyuarat Panel Kajian Aqidah kali ke 9/1997). Nur Muhammad atau Hakikat Muhammadiah tidak lain dari merupakan spekulasi falsafah yang mengatakan akal pertama yang lahir dari Allah, seperti cahaya matahari terbit daripada matahari, atau ombak laut lahir dari laut. Hakikat yang sebenar cahaya matahari tidak lain daripada matahari dan ombak laut tidak lain dari laut. Cahaya matahari dan ombak sebenarnya tidak berwujud. Inilah iktikad kaum wahdatul wujud. Nur Muhammad adalah salah satu daripada punca wahdatul wujud yang berasal daripada teori emanasi, Neoplatonisma dan lain-lain, ia bukan dari ajaran Islam. Gara-gara Nur Muhammad golongan berkenaan terbawa-bawa hingga mereka mengangkat Nabi Muhammad s.a.w. ke martabat ketuhanan Al-Nur dan mereka ketepikan firman Allah yang bermaksud;

 

“Katakanlah bahawa sesungguhnya aku ini adalah seorang manusia seperti kamu”

( Suntingan oleh www.darulkautsar.net )

 

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Hadith Palsu Atau Maudhu’

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *