Sunday, December 8, 2019

Martabat Tujuh

Download PDF

4.2. Martabat Tujuh:

 Martabat Tujuh adalah dari pemikiran yang berdasarkan falsafah wahdat al-wujud, Mesyuarat Panel Kajian Aqidah (PKA) kali ke 12/1999 Jabatan Kemajuan  Islam Malaysia merumuskan ia bukan dari ajaran Islam. Pemikiran asas dalam ilmu martabat tujuh ini ialah kesatuan segala yang ada, yang tiada awal dan akhir, seterusnya berpendapat ia bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah. Ia merupakan satu ajaran falsafah. Ilmu ini termasuk dalam bidang tasawuf falsafah wahdatul wujud, yang mengatakan bahawa Allah mengadakan semesta ini bukan dari ‘tiada kepada ada’, seperti yang diiktikadkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah, tetapi berpegang kepada daripada ‘ada kepada ada’.

 Huraian:

 Martabat tujuh (lapisan tujuh) itu ialah Ahadiyah, Wahdah, Wahidiyah, Alam Arwah, Alam Mithal, Alam Ajsam dan Alam Insan. Ajaran ini dikesan mula dikembangkan di India kemudian di Makah, selepas itu buku mengenainya telah ditulis dalam bahasa Arab dan dipercayai mula masuk ke Nusantara pada kurun ke tujuh belas Masehi, apabila sebuah buku yang bertajuk “Tuhfat al-Mursalah” yang ditulis oleh Muhammad Fadlullah Al-Burhanpuri dari India (meninggal tahun 1029H) telah dibawa ke Jawa dan diterjemahkan ke Bahasa Jawa. Seterusnya buku berkenaan dipercayai telah diserapkan ke dalam beberapa buah kitab agama, antaranya kitab Siyar Al- Salikin, Al-Durr Al-Nafis dan lain-lain. Ilmu ini pernah menjadi isu besar di Alam  Melayu pada awal abad kedua puluh, hingga pernah dijawab secara terperinci oleh ulama’ Melayu yang tinggal di Mekah iaitu Syeikh Ahmad Khatib yang berasal dari Minangkabau. Hal ini berlaku pada tahun 1909 M. Beliau telah menulis buku sebagai jawapan kepada ajaran itu dengan nama “al- Syumus al-Lami’ah” diterbitkan pada tahun 1331H. Di Mesir. Buku tersebut mendedahkan secara menyeluruh tentang kepalsuan ilmu dan ajaran martabat tujuh berkenaan. Secara ringkas dapat diterangkan seperti berikut;

  1. Penganut martabat tujuh terdiri dari orang jahil,
  2. Segala-galanya menyalahi syariat nabi Muhammad,
  3. Menjadikan bersatu Tuhan dengan hamba,
  4. Tiada ia dari ajaran Imam al Ghazali,
  5. Ghalibnya kufur dengan Allah Taala. Syekh Ahmad Khatib membuat kesimpulan akhir dengan mengatakan bahawa semua itu bukan dari perkataan orang alim’.

 

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Hadith Palsu Atau Maudhu’

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *