Sunday, December 8, 2019

Wahdatul-Wujud

Download PDF

4.1. Wahdatul-Wujud:

Mengenai Wahdatul-Wujud ia termasuk dalam perkara falsafah yang sememangnya tidak diajar oleh Rasulullah s.a.w. Oleh kerana ia bukan berasal dari ajaran al-Quran dan al-Sunnah maka Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia telah memutuskan seperti berikut:

  • Fahaman Wahdatul wujud menyalahi aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bertentangan dengan ajaran Islam.
  • Bersetuju dengan fatwa rasmi Negeri Johor yang diputuskan pada tahun 1948 oleh S.S. Syed Alwi Tahir al Hadad seperti berikut; “Mengikut pendapat Ijma’ Ulama’ fahaman wahdatul wujud adalah kufur. Sesiapa yang  mempercayai dan mengamalkannya adalah Jika pengamal fahaman tersebut mempunyai isteri, isterinya tertolak dan anaknya adalah anak luar nikah dan hartanya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal”. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 48/2000).

Huraian:

Pokok ajaran wahdatul wujud,

  1. Tidak menerima bahawa kejadian alam ini adalah dari tiada (Creation ex-nihilo) iaitu mereka tidak beriman bahawa alam dijadikan dari tiada pada suatu masa sebagaimana yang dikenali oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan kejadian alam.
  2. Wahdatul wujud ialah hanya ada satu kewujudan saja iaitu wujud Allah. Adapun banyak yang kita lihat dalam dunia ini adalah sangkaan saja, yang sebenarnya ia hanya dianggap oleh akal yang cetek. Wujud hanyalah satu tidak berbilang-bilang.
  3. Beriman dengan teori Emanation (al-Faidh) iaitu Allah menzahirkan sesuatu yang wujud dalam ilmuNya kepada wujud atau kenyataan. Kewujudannya perkara yang wujud ini dengan jelmaan Tuhan yang berterusan dan penzahiran Tuhan pada setiap masa yang tidak terhingga bilangannya dari berbagai gambaran (al-Futuhat al-Makiyyah, Kaherah, Jilid II, hal.40.)

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Hadith Palsu Atau Maudhu’

4.24 Hadith Palsu Atau Maudhu’; Kebayakan hadith palsu, maudhu’ arau rekaan digunakan oleh pihak atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *