Wednesday, October 16, 2019
Home » ASAS ISLAM » Syariat- Hukum Syarak » Masyarakat & Sosial » Pakaian Dari Perpektif Islam

Pakaian Dari Perpektif Islam

Download PDF

  

Seorang Muslim hendaklah mengambil berat tentang pakaiannya, hendaklah dia pastikan ianya cantik dan bersih, terutama bila berurusan dengan orang lain dan ketika menegrjakan sembahyang, sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran, bermaksud, “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)” (Surah Al-Araaf ,7:31)

Allah menggalakkan seseorang memakai pakaian yang cantik dan baik dan tampak cantik, kerana ianya sebahagian dari cara kita bersyukur keatas nikmat yang dikurniakan Allah. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?” Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui” (Surah AL-Araaf : 7:32)

Pakaian mempunyai manfaat yang tidak terbatas banyaknya.

Pakaian mempunyai beberapa fungsi

  1. Ia menutup bahagian-bahagainn badan yang wajib ditutup dari pandangan orang ramai; ianya tatasusila kesopanan yang menjadi naluri manusia. “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, (Surah Al-Araaf  7:26)
  1. Pakaian melindungi tubuh kita dari kepanasan, sejuk dan dari terdedah kepada bahaya. Kepanasan dan sejuk adalah fenomena alam yang boleh membahayakan seseorang. Allah telah menerangkan manfaat pakaian kepada hanba-hambanya sebagaimana berikut, “Dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya” (Surah An-Nahl, 16:81)..

Hukum Berkaitan Pakaian

Islam telah menetapkan hukum yang sesuai dengan naluri dan fitrah manusia,   yang sesuai dan tidak bebelit-belit.

Amnya, syariah telah menetapkan bahawa semua bentuk pakaian dan perhiasan adalah dibenarkan. Sebenarnya, Islam tidak menetapkan pakaian yang khusus untuk dipakai. Semua pakaian adalah dibenarkan selagi ianya menepati tujuannya dan tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh syariat.

Nabi s.a.w memakai pakaian yang biasa dipakai pada zamannya dan tidak memerintahkan umatnya memakai pakaian yang khusus. Pakaian, sebagaimana juga perkara-perkara keduniaan yang lain, dibenarkan selagi tidak ada larangan khusus berkenaanya, berlainan dengan perkara-perkara ibadat seperti solat dan puasa, yang menetpakan ianya dilarang dilakukan kecuali ada perintah dan dibenarkan dari Allah.  Nabi s.a.w bersabda, “Makan, minum, berpakaian dan bersedekahlah, tetapi jangan berlebihan dan jangan sombong” (Sunan An-Nasae, hadis no 2559)

Islam menetapkan had-had kesopanan tetapi ia tidak menetapkan pakaian yang khusus untuk orang-orang Islam.  Seseorang boleh memakai pakaian yang biasa dipakai dalam masyarakatnya kecuali pakaian yang jelas dilarang dalam Islam seperti sutera dan emas untuk lelaki.

– Bacaan lanjut – Dosa Besar – Memakai Kain Sutera Dan Emas Bagi Kaum Lelaki

 

Disaring dari – http://newmuslimguide.com/en/your-dress-code/108

 

Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Bahaya Dan Akibat Buruk Zina

Zina merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *