Friday, August 23, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Dosa-Dosa Besar » Memakai Kain Sutera Dan Emas Bagi Kaum Lelaki

Memakai Kain Sutera Dan Emas Bagi Kaum Lelaki

Download PDF

 

Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang yang memakai sutera di dunia, tidak akan memakainya di akhirat.” 1

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Diharamkan sutera dan emas atas ummatku yang lelaki.” 2

Huzaifan bin Yaman berkata:

“Nabi s.a.w. melarang kami minum di dalam bekas emas dan perak, dan makan di dalamnya. Juga melarang kami memakai kain sutera yang halus dan kasar, serta duduk di atasnya. 3

Maka barangsiapa yang menghalalkan pakaian sutera untuk kaum lelaki, orang itu menjadi kafir. Walaupun begitu, nabi s.a.w mengizinkan pemakaiannya untuk orang yang sedang menderita sakit gatal-gatal, kudis dan sebagainya. 4 Dibolehkan juga untuk orang yang berperang ketika sedang menghadapi musuh. Pakaian sutera sebagai hiasan untuk kaum lelaki adalah haram hukumnya berdasarkan ijma’ kaum muslimin. Pengharaman ini adalah samada untuk pakaian luar atau pakaian dalam. Termasuk yang diharamkan juga ialah jika kandungan sutera suatu jenis kain lebih banyak dari pada bahan lainnya.

Emas juga diharamkan dipakai oleh kaum lelaki, baik berupa cincin, butang atau hiasan pedang dan sebagainya.

Nabi s.a.w pernah melihat ada cincin emas di jari tangan seorang lelaki. Baginda mencabutnya seraya berkata:

“Seseorang dari kamu mengambil sepotong bara api lalu meletakkannya di tangannya.” 5

Para ulama berselisih pendapat dalam hal samada boleh atau tidak seorang anak kecil memakai sutera atau emas. Sebahagian ulama membolehkan dan sebagian yang lain mengharamkannya berdasarkan keumuman sabda nabi s.a.w. “Keduanya ini (sutera dan emas) haram untuk kaum lelaki ummatku, dan halal untuk kaum wanitanya.” 6

Kanak-kanak lelaki termasuk juga dalam larangan ini. Inilah pendapat mazhab Imam Ahmad.

Mari kita memohon taufiq kepada Allah terhadap apa yang dicintai dan diredhai-Nya, sesungguhnya Dia Maha Pemurah.

 

_________________________________________

NOTA KAKI:
1 Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (5832) dan Muslim (2073) dari Anas dan diriwayatkan oleh Al-Bukhari (5833) dari Ibnu Zubair, dan diriwayatkan oleh Al-Bukhari (5834) dari Umar.
2 Diriwayatkan oleh Ahmad (4/396), Ath-Thayalisi (506), An-Nasa’i (8/161) dan At-Tirmizi (1720) dari Abu Musa. Ahmad (1/96), Abu Daud (4057), An-Nasa’i (8/160), Ibnu Majah (3595) dan Ath-Thahawi (4/250) dari Ali dan ianya adalah hadis sahih.
3 Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (5837) dan Muslim (2067) dari Hudzaifah.
4 Dikeluarkan oleh Ahmad (3/255,273), Al-Bukhari (2921, 2922), Muslim (2076), Abu Daud (4056), An-Nasa’i (8/202) dan Ibnu Majah (3592) dari Anas. Dia berkata “Nabi s.a.w. memberi keringanan bagi Abdurrahman bin Auf dan Zubair bin Awwam memakai kain sutera kerana penyakit gatal yang dialami keduanya”.
5 Diriwayatkan oleh Muslim (2090) dari Ibnu Abbas
721 Lihat hadisnya (pada nota kaki no. 2)
· Nota: Saringan oleh www.darulkautsar.net dari buku terjemahan “AL-Kabair (Dosa-dosa Besar)’ karangan Imam Az-Zahabi. Buku terjemahan asal boleh dicapai di sini – https://drive.google.com/file/d/0B0r1wFGeMOw5eDdpZjM4a2YyRG8/edit
Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Mengadu Domba (Namimah)

  Orang yang mengadu domba adalah orang yang menyampaikan cerita dari satu orang kepada yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *