Tuesday, April 23, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Dosa-Dosa Besar » Menyakiti Jiran Tetangga

Menyakiti Jiran Tetangga

Download PDF

 

Imam A-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Demi Allah tidaklah beriman, demi Allah tidaklah beriman, demi Allah tidaklah beriman! Seseorang bertanya, Siapakah dia, wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab, Barangsiapa yang tetangganya tidak merasa aman dari perangai buruknya.” 1

Dalam riwayat yang lain baginda bersabda:

“Tidak masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari perangai buruknya.” 2

Rasulullah s.a.w ditanya tentang dosa yang paling besar di sisi Allah. Maka baginda menyebutkan tiga perkara; kamu menjadikan sekutu bagi Allah padahal Dialah yang menciptakanmu, kamu membunuh anakmu kerana takut nanti dia makan bersamamu dan kamu berzina dengan isteri jiranmu. 3

Dalam sebuah hadis disebutkan:

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya tidak menyakiti jiran tetangganya.” 4

Jiran itu ada tiga; jiran muslim dan mempunyai hubungan kekeluargaan, jiran muslim, dan jiran kafir. Jiran pertama memiliki tiga hak; hak sebagai jiran, hak sebagai orang Islam, dan hak sebagai kerabat. Jiran kedua memiliki dua hak; hak sebagai jiran dan hak sebagai orang Islam. Jiran ketiga memiliki satu hak, iaitu hak sebagai jiran. 5

Abdullah bin Umar berjiran dengan seorang Yahudi. Jika dia menyembelih kambing selalunya dia berkata, “Berikan sebahagian dagingnya untuk jiran kita yang Yahudi itu.” 6

Diriwayatkan bahawa pada hari kiamat nanti seorang jiran yang miskin akan mengikuti jiran yang kaya. Dia akan berkata, “Wahai Rabbku, tanyakan kepadanya mengapa dia menghalangiku dari kebaikannya dan menutupkan untukku pemberian tangannya?”7

Seorang jiran adalah layak untuk menanggung ‘adza’, kesusahan yang disebabkan oleh jirannnya. Ini merupakan salah satu bentuk ‘ihsan’. Sikap baik kepadanya. Seseorang mendatangi Nabi s.a.w. bertanya, “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan, jika aku mengerjakannya maka akupun dapat masuk syurga.” Baginda menjawab, “Jadilah seseorang yang penuh dengan sifat ihsan.” Orang itu bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana aku dapat mengetahui bahawa aku ini seorang “muhsin” (orang yang dipenuhi sifat ihsan)?” Baginda menjawab, “Bertanyalah kepada tetanggamu. Jika mereka mengatakan bahawa kamu itu seorang muhsin, bermakna memang kamu seorang muhsin. Namun jika mereka mengatakan bahawa kamu itu seorang musi’ (orang yang dipenuhi dengan sifat isa’ah, tidak baik), bermakna memang kamu seorang musi’.80

Telah sampai berita dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda, “Sesiapa yang menutup pintunya dari jirannya kerana takut akan mengurangi (bahagian) keluarga dan hartanya, maka dia bukanlah seorang mukmin. Tidaklah seseorang itu beriman jika jirannya tidak merasa aman dari perangai buruknya.” 9

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Seseorang yang berzina dengan sepuluh wanita itu lebih ringan daripada dia berzina dengan isteri jirannya. Seseorang yang mencuri dari sepuluh rumah itu lebih ringan urusannya daripada dia mencuri rumah jirannya.” 10

Abu Daud meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa seseorang mengadukan jirannya kepada Rasulullah s.a.w Baginda bersabda, “Pergi dan bersabarlah!” Orang itu menghadap Nabi untuk yang kedua kali atau ketiga kalinya, lalu baginda bersabda, “Pergi dan letakkan semua perbendaharaanmu di jalan!” Orang itu pun menuruti sabda Nabi. Orang-orang mengerumuninya dan bertanya tentang masalahnya. Dia menceritakan semuanya sehingga semua yang hadir mulai melaknat tetangganya. Mereka berucap, “Semoga Allah membalasnya.” Mereka mendoakan yang buruk-buruk untuk jirannya itu. Kemudian jirannya itu datang dan berkata, “Wahai saudaraku, pulanglah ke rumahmu. Setelah ini kamu tidak akan pernah melihat sesuatu yang tidak kamu sukai selama-lamanya.” 11

Diwajibkan juga menanggung kesusahan disebabkan tetangga yang “zimmi” (orang kafir yang membayar jizyah sebagai jaminan kehidupannya di dalam pemerintahan Islam) sekalipun. Diriwayatkan bahawa Sahl bin Abdullah at-Tustariy r.a. mempunyai seorang jiran Majusi zimmi. Jirannya ini memiliki usus yang bocor dan dari sebuah lubang sebahagian airnya mengalir ke salah satu bahagian rumah Sahl. Setiap hari Sahl meletakkan sebuah bekas di bawah tempat mengalirnya air itu untuk menampungnya. Sahl membuangnya di malam hari agar tidak diketahui orang lain. Perkara ini berlangsung dalam waktu yang lama. Sampai akhirnya menjelang wafat, Sahl meminta untuk dipanggilkan tetangganya yang Majusi itu. Dia berkata kepadanya, “Masuklah ke situ dan lihatlah!” Orang itu pun masuk dan melihat sebuah lubang dan air bercampur kotoran jatuh dalam suatu bekas. Dia bertanya, “Apakah yang kulihat ini?” Sahl menjawab, “Ini sudah berlaku lama. Air itu mengalir dari rumahmu. Aku menadahnya di siang hari dan membuangnya di malam hari. Jika bukan kerana sudah dekat ajalku dan aku khuatir jika orang lain tidak kuat melihatnya, nescaya aku tidak akan memberitahukan kepadamu tentang hal ini. Sekarang, lakukan apa yang patut.” Orang Majusi itu berkata, “Wahai Sheikh, anda telah mempergauliku seperti ini sejak lama dan aku tetap berada di atas kekufuranku. Ulurkan tanganmu, aku bersaksi bahawa tidak ada yang berhak diisembah selain Allah dan bahawa Muhammad itu urusan Allah.” Lalu Sahl pun wafat,

Marilah kita memohon kepada Allah agar menunjukkan kepada kita akhlak perbuatan dan ucapan yang mulia. Semoga Dia menjadikan akhir kehidupan kita dengan kesudahan yang baik. Sesungguhnya Dia maha Memberi, Maha Pemurah, Maha pengasih, lagi Maha Penyayang.

 

___________________________________________________

 

Nota Kaki:
1. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (6106) dari Abu Syuraih
2. Diriwayatkan oleh Muslin (46) dari Abu Hurairah
3. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (4477). Muslim (86) dan Abu Daud (2310) dari Ibnu Mas’ud.
4. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (6018,6136). Muslim (47) dan Abu Daud (5154) dari Abu Hurairah.
5. Diriwayatkan oleh Al-Bazzar (1896). Abu Nu’aim (5/207). Al-Ashbahani dalam At-Targhib (870), Al-Kharaithi dalam Makarimul Akhlaq (41). Ibnu Abi Dunya dalam Al-Akhlaq (340) dan Al-Baihaqi Asy-Syu’ab (9560) dari Jabir dan didha’ifkan oleh Asy-Syaikh dalam Adh-Dha’if (2673).
6. At-Tirmizi menyebutkannya dalam hadits no 1943 dan Al-Baihaqi (9562), (9563).
7. Diriwayatkan oleh Al-Ashbahani dalam At-Targhib dari Ibnu Umar dan sanadnya dha’if dan diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dalam Makarimul Akhlaq (346) sedangkan sanadnya hasan
8. Diriwayatkan oleh Al-Hakim (1/378) dan Al-Baihaqi Asy-Syu’ab (9567). Al-Hakim berkata. hadits di tersebut sesuai dengan kriteria yang disyaratkn Al-Bukhari dan Muslim dan hal ini disepakati oleh Az-Zahabi. Aku (pentakhrij) berkata hadits ini hanya sesuai dengan syarat Muslim saja.
9. Diriwayatkan oleh Ibnu Adi (5/171) dan Al-Baihaqi (9560), sanadnya dha’if
10. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (103) Al-Adab (6/8) Ath-Thabrani dalam Al-Kabir (20/256/605) dan di dalam Al-Ausath (6333) dari Al-Miqdad bin Al-Aswad dan di sahihkan oleh Asy-Syaikh dalam Ash-Shahihah (65)
11. Diriwayatkan oleh Abu Daud (5153) Al-Bukhari dalam Al-Adab (124) Al-Hakim (4/160) dan Ibnu Hibban (520) Dan Asy-Syaikh berkata Hasan Shahih dalam Shahihul Adab (92).
· Nota: Saringan oleh www.darulkautsar.net dari buku terjemahan “Al-Kabair (Dosa-dosa Besar)’ karangan Imam Az-Zahabi. Buku terjemahan asal boleh dicapai di sini- https://drive.google.com/file/d/0B0r1wFGeMOw5eDdpZjM4a2YyRG8/edit
Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Mengadu Domba (Namimah)

  Orang yang mengadu domba adalah orang yang menyampaikan cerita dari satu orang kepada yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>