Monday, July 22, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Asas-Asas Aqidah Islam (Fiqh Akbar) » Ketujuh – Perbuatan Manusia Adalah Dengan Ikhtiarnya

Ketujuh – Perbuatan Manusia Adalah Dengan Ikhtiarnya

Download PDF

Allah s.w.t tidak memaksa kekufuran ke atas sesiapapun dari kalangan makhluknya dan tidak menciptakan mereka dalam keadaan beriman dan kufur.[35] Tetapi Allah menciptakan mereka dalam keadaan kosong. Iman dan kufur itu perbuatan hamba.[36]

Allah s.w.t mengetahui orang yang kufur dalam keadaan kufurnya sebagai kafir dan apabila dia beriman selepas itu. Allah mengetahui dia sebagai beriman dalam keadaan imannya dan Dia mengasihinya tanpa berubah ilmu dan sifat-Nya.

 

NOTA KAKI:
[35] Allah s.w.t. tidak menciptakan ketaatan dan kema’siatan dalam hati manusia dengan cara pemaksaan tetapi kedua-duanya itu diciptakan dalam hati seiring dengan ikhtiar dan usahanya.
[36] Dalil tentang manusia diberikan pilihan ialah : (1) mensabitkan adanya kehendak pada manusia “Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu dating dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang melingkari mereka laksana tembok”. (al-Kahf: 29)
(2) Allah menitahkan kepada manusia perintah dan larangan. Sekiranya manusia tidak mempunyai pilihan dan kemampuan tentu itu ia dikira sabagai taklif di luar upaya.
(3) Setiap yang melakukan kebaikan akan dipuji dan begitulah sebaliknya.
(4) Setiap orang merasai sendiri perbuatan yang dilakukannya itu mana dengan pilihan dan mana dengan paksaan. Dan Syara’ membezakan hukum orang yang dipaksa dengan hukum orang yang ada pilihan. (lihat Shaykh Muhammad bin Salih, ‘Aqidah Ahl al-Sunnah, hal. 39-41)
Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Muqaddimah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Asas tauhid[1] dan perkara yang sah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *