Monday, June 17, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Asas-Asas Aqidah Islam (Fiqh Akbar) » Kelapan- Perbuatan Manusia Adalah Makhluk

Kelapan- Perbuatan Manusia Adalah Makhluk

Download PDF

Semua perbuatan hamba, sama ada pergerakan atau diam adalah usaha[37] mereka secara hakikat dan Allah s.w.t. yang menciptakannya.[38]

Kesemua ketaatan adalah wajib dengan perintah Allah, dengan Kasih-Nya, keredhaan-Nya, Ilmu-Nya, Kehendak-Nya, Qada’ dan Qadar-Nya, Kesemua maksiat dengan Ilmu, Qada, Qadar-Nya dan Kehendak-Nya tetapi bukan dengan Kasih, Redha dan Perintah-Nya.[39]

 

NOTA KAKI:
[37] Kasb atau usaha merupakan gerakan dari dalaman atau jiwa manusia untuk melakukan sesuatu perkara. Terjadinya kufur itu kerana kecenderungan manusia untuk tunduk kepada hawa nafsunya.
Firman Allah s.w.t, mafhumnya: “Dia memperolehi apa yang dikerjakan dan menanggung apa yang diperbuatkan” (al-Baqarah: 286)
[38] Dan Allah berfirman, mafhumnya: “Allah mencipta kamu dan apa yang kamu perbuatkan”. (al-Saffat:96)
“Maka apakah (Allah) yang menciptakan sama dengan yang tidak dapat menciptakan (sesuatu)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (al-Nahl:17)
[39] Ini menunjukkan adanya perbezaan antara iradah, ilmu, redha dan amar. Firman Allah s.w.t: “Kalaulah kamu kufur ingkar akan nikmat-nikmat-Nya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu dan ia tidak redhakan hamba-hamba-Nya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Dia meredhainya untuk kamu”. (al-Zumar: 7)
Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Muqaddimah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Asas tauhid[1] dan perkara yang sah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>