Monday, June 17, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Dosa-Dosa Besar » Lelaki Yang Membiarkan Isterinya Melakukan Maksiat (Dayus)

Lelaki Yang Membiarkan Isterinya Melakukan Maksiat (Dayus)

Download PDF

 

Allah s.w.t. berfirman:

“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (An-Nur:3)

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda:

“Tiga golongan manusia yang tidak akan masuk syurga; orang yang derhaka kepada ibubapanya, dayus (lelaki yang membiarkan isterinya melakukan maksiat), dan perempuan yang menyerupai lelaki”. 1

An-Nasa’iy meriwayatkan bahawa Rasululah s.a.w bersabda:

“Tiga golongan manusia yang Allah haramkan syurga atas mereka; orang yang terus-menerus meminum arak, orang yang derhaka kepada ibubapanya dan lelaki yang membiarkan kekejian (perbuatan maksiat) dalam keluarganya (isterinya).2

Mushannif r.a. berkata, “Seseorang yang mendapati isterinya berbuat maksiat, lalu ia berpura-pura tidak mengetahunya kerana cintanya kepada isterinya itu, atau kerana dia masih mempunyai hutang sedangkan dia orang yang lemah (contohnya, isterinya yang bekerja), atau kerana maskahwinnya yang mahal, atau kerana dia mempunyai anak-anak yang masih kecil dan jika isterinya itu mengadukan kepada hakim, maka hakim akan memutuskan isterinya lebih berhak menguruskan anak-anaknya, sehingga dia tidak boleh mengambil apa-apa-apa tindakan terhadap isterinya itu, sesungguhnya dia tidak mempunyai apa-apa kebaikan….seorang yang tidak lagi memiliki sifat cemburu.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita kesejahteraan batin dari segala bala’ dan ujian. Sesungguhnya Dia Maha Memberi Lagi Maha Pemurah

Sungguh! Barangsiapa mengerti tipu daya dunia nescaya akan meninggalkannya. Barangsiapa jahil terhadap dirinya pastilah mengherdiknya. Barangsiapa merasakan kenikmatan pastilah mensyukurinya. Dan Barangsiapa diseru kepada negeri keselamatan ‘Daarus Salam’, nescaya akan memupus segala keinginan hawa nafsu.

 

__________________________________________________

NOTA KAKI:
1. Diriwayatkan oleh Ahmad (2/69,128), Al-Hakim (1/72), Al-Baihaqi (10/226). Dan disahihkan oleh Asy-Syaikh dalm Ash-Sahih (3052) dari Ibnu Umar.
2 . Diriwayatkan oleh Ahmad (2/134), An-Nasa’i (5/80), Ath-Thabrani (13/180). Dan disahihkan oleh Asy-Syaikh dalam Ash-Shaih (3063) dan terdapat syahid dari hadits Ammar bin Yasir lihat Sahih Al-Jami’ (3062)
· Nota: Saringan oleh www.darulkautsar.net dari buku terjemahan “Al-Kabair (Dosa-dosa Besar)’ karangan Imam Az-Zahabi. Buku terjemahan asal boleh dicapai di sini- https://drive.google.com/file/d/0B0r1wFGeMOw5eDdpZjM4a2YyRG8/edit
Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Mengadu Domba (Namimah)

  Orang yang mengadu domba adalah orang yang menyampaikan cerita dari satu orang kepada yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>