Sunday, April 21, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Asas-Asas Aqidah Islam (Fiqh Akbar) » Kedua Belas – Tidak Boleh Mengkafirkan Orang Beriman

Kedua Belas – Tidak Boleh Mengkafirkan Orang Beriman

Download PDF

Kita tidak mengkafirkan seorang muslim dengan sebab mana-mana dosa yang dilakukannya walaupun ianya dosa besar[42] selama mana dia tidak menganggap ianya halal.[43] Dan kita tidak menghilangkan (membatalkan) daripadanya nama iman dan kita menamakannya sebagai mu’min pada hakikatnya. Harus, boleh jadi dia seorang mu’min yang fasiq tetapi tidak kafir.

 

NOTA KAKI:
[42] Sesiapa yang masuk dalam Islam dan Iman dalam keadaan yakin dan Tasdiq maka dia tidak terkeluar darinya dengan semata-mata melakukan dosa. Tidak boleh dihukumkan kafir kecuali apabila ada sesuatu yang menyakinkan yang terbit daripadanya, iaitu apabila dia menolak Islam atau mengingkari sebahagian dari Islam. Bagaimanapun, orang beriman yang melakukan dosa tetap bersalah dan dikira fasiq dengan sebab mengerjakan dosa-dosa besar. Inilah pegangan Ahli Sunnah. Berbeza dengan Khawarij, mereka mengatakan orang yang melakukan dosa besar akan kekal dalam neraka kerana telah jatuh kafir. Mu’tazilah pula mengatakan dia dinafikan nama Iman darinya dan juga bukan kafir tetapi berada di antara dua kedudukan.
[43] Orang yang menghalalkan ma’siat dihukum kafir meskipun dia tidak melakukannya kerana mengingkari perkara yang sabit dalam al-Qur’an dan Sunnah. Dia, sama ada tidak beri’tiqad bahawa Allah mengharamkannya atau dia beri’tiqad bahawa Allah mengharamkanya. (Ibn Taymiyyah, al-Sarim al-Maslul, hal. 372)
Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Muqaddimah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Asas tauhid[1] dan perkara yang sah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>