Tuesday, April 23, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Asas-Asas Aqidah Islam (Fiqh Akbar) » Kelima Belas – Mukjizat Dan Karamah

Kelima Belas – Mukjizat Dan Karamah

Download PDF

Mukjizat itu terbukti berlaku kepada para nabi[53] dan karamah itu benar berlaku kepada para wali.[54] Adapun perkara luar biasa yang berlaku kepada musuh-musuh seperti Iblis, Firaun dan Dajjal seperti yang diriwayatkan dalam hadis, yang telah berlaku dan akan berlaku, itu kita tidak menamakannya sebagai mukjizat tetapi kita menamakannya sebagai perkara yang terjadi hanya untuk memenuhkan keinginan mereka kerana Allah hendak menunaikan keinginan musuh-musuh-Nya sebagai istidraj dan hukuman kepada mereka dan mereka terpedaya dengannya dan bertambah lagi kejahatan dan kekufuran mereka. Semuanya itu harus berlaku tidak mustahil.[55]

 

NOTA KAKI:
[53] Mu’jizat ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada para nabi sebagai dalil kebenaran mereka dan cabaran kepada orang yang mengingkari kenabian mereka.
[54] Berlaku juga perkara luar biasa kepada orang yang bertaqwa dan dekat kepada Allah sebagai pertolongan Allah kepada mereka.
Firman-Nya, mafhumnya: “2. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), 3. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangkanya, dan (ingatlah), sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya”. (al-Talaq: 2-3)
[55] Allah berfirman: Firman-Nya, mafhumnya: “182. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, kami akan menarik balik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. 183. Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; Sesungguhnya rancangan balasan-Ku amatlah teguh. (al-A’raf: 182-183)
“Dan janganlah sekali-kali orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (Mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami membiarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak). (al-Imran: 178)
Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Muqaddimah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Asas tauhid[1] dan perkara yang sah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>