Monday, July 22, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Asas-Asas Aqidah Islam (Fiqh Akbar) » Keenam Belas – Sifat Allah Adalah Azali Sebagaimana Zat-Nya

Keenam Belas – Sifat Allah Adalah Azali Sebagaimana Zat-Nya

Download PDF

 

Allah s.w.t. telahpun bersifat sebagai Pencipta sebelum Dia mencipta dan bersifat pemberi rezeki sebelum memberi rezeki lagi.

Allah s.w..t. dapat dilihat di Akhirat dan orang-orang beriman dapat melihat Allah s.w.t. sedang mereka berada dalam syurga, dengan mata kepala mereka, tanpa tashbih, tanpa kayfiyat dan tanpa ada jarak antara Dia dan makhluq-Nya. [56]

Imam itu adalah mengakui dan membenarkan. Iman penduduk langit dan bumi tidak bertambah dan tidak berkurang, dari sudut perkara yang diimani tetapi bertambah dan berkurang dari sudut keyakinan dan pengakuan. Orang-orang beriman sama pada (asal) iman dan (asas) tawhid tetapi berbeda-beda pada amalan.

Islam ialah penyerahan dan kepatuhan kepada perintah-perintah Allah s.w.t. Secara bahasanya, ada perbedaan antara Iman dan Islam tetapi tidak mungkin ada Iman tanpa Islam dan tidak mungkin ada Islam tanpa Imam. Kedua-duanya itu seperti belakang dan perut (isi dan kulit) Din (agama) istilah yang menepati Iman, Islam dan syari’at kesemuanya.[57]

Kita mengenal Allah dengan sebenarnya seperti Allah s.w.t. mensifatkan sendiri tentang diri-Nya dalam Kitab-Nya dengan semua sifat-Nya.

Tiada siapa yang mampu beribadat kepada Allah s.w.t. dengan sebenarnya sebagaimana yang Dia layak diibadatkan tetapi hendaklah seseorang itu beribadat kepada-Nya dengan perintah-Nya seperti yang diperintahkannya dengan Kitab-Nya dan Sunnah Rasul-Nya.[58]

Orang-orang mukmin sama sahaja (dari segi dituntut) mengenal Allah, yakin, tawakkal, kasih, redha, takut, harap dan beriman. Bagaimanapun, mereka berbeda-beda dalam perkara tersebut kecuali dalam perkara Iman.

 

NOTA KAKI:
[56] Kata Imam al-Tahawi: Melihat Allah pada hari kiamat bagi ahli syurga adalah benar tanpa meliputi dan tanpa kaifiat seperti yang difirmankan dalam al-Qur’an, mafhumnya:
“22. Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang beriman) berseri-seri; 23. Melihat kepada Tuhannya”. (al-Qiamah: 22-2)
Maksud Ru’yah adalah mengikut apa yang dikehendaki Allah dan mengikut ilmu-Nya.
Setiap hadis sahih daripada Rasulullah s.a.w. berhubung perkara ini adalah mengikut apa yang dikehendaki baginda dan kita masuk dalam perkara ini dengan mentakwilkan menggunakan akal fikiran kita dan bukan dengan memikirkan dengan hawa nafsu kita.
Sesungguhnya tidak selamat agama melainkan dengan menyerahkan tafsiran tersebut kepada Allah dan Rasul-nya. Di samping mengembalikan pengetahuan tentang perkara yang menjadi kesamaran kepada yang mengetahuinya.
[57] Dalam hadis Jibril yang panjang, (Iman, Islam dan Ihsan) disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Itulah Jibril, beliau datang untuk mengajar kepada manusia agama mereka.
[58] Ketidakmampuan manusia dalam perkara ini kerana betapa agungnya Allah dan betapa banyak ni’mat dan ihsan-Nya kepada manusia. Namun demikian ibadat hendaklah tetap dikerjakan dengan semampunya dan Allah tidak membebankan manusia dengan sesuatu di luar kemampuan mereka. Allah berfirman, mafhumnya: “Bertaqwalah kepada Allah sedaya upaya kamu”. (al-Taghabun: 16)
Rujuk juga surah al-Nahl: 18 dan 114.
Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Muqaddimah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Asas tauhid[1] dan perkara yang sah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *