Wednesday, October 16, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Asas-Asas Aqidah Islam (Fiqh Akbar) » Ketujuh Belas – Dosa Dan Pahala

Ketujuh Belas – Dosa Dan Pahala

Download PDF

 

Allah s.w.t. melimpahkan kurniaan kepada hamba-hamba-Nya, adil dalam memberikan pahala. Boleh jadi, Dia memberikan berganda-ganda daripada apa yang patut diterima hamba[59], kerana limpah kemurahan-Nya.[60]

Allah s.w.t. mungkin menghukumkan seksa kerana dosa sebagai keadilan-Nya dan mungkin Dia mengampunkannya, sebagai limpahan-Nya[61].

 

NOTA KAKI:
[59] Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan segala kebaikan dan kejahatan. Maka sesiapa yang bercita-cita dengan melakukan satu kebaikan dan belum dia melakukannya maka Allah menulis untuknya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia bercita-cita dengannya kemudian mengerjakannya maka Allah menulis di sisi-Nya sebanyak sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali ganda hingga sampai beberapa kali ganda. Jika dia bercita-cita dengan satu kejahatan kemudian dia tidak melakukannya maka Allah tulis baginya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia bercita-cita dengannya kemudian melakukannya maka Allah tulis baginya satu kejahatan sahaja. (al-Bukhari dan Muslim)
[60] Hendaklah dii’tiqadkan bahawa pahala kerana amalan baik bukan kerana usaha kita tetapi itu adalah limpahan kurniaan Allah dan bukan sesuatu yang wajib ke atas- Nya kerana tidak ada yang mewajibkan ke atas Allah untuk memberi pahala kepada orang yang beramal seperti yang didakwa oleh Mu’tazilah. Pemberian pahala merupakan keadilan-Nya dan janji-Nya dan Dia tidak memungkiri janji. Sebanyak mana sekalipun amalan yang dilakukan oleh manusia ia tidak dapat membalas segala ni’mat pemberian Allah kepadanya.
[61] Jika manusia diazab maka itu adalah keadilan bukan kezaliman kerana sifat zalim itu mustahil bagi Allah s.w.t.
Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Muqaddimah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Asas tauhid[1] dan perkara yang sah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *