Wednesday, October 16, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Asas-Asas Aqidah Islam (Fiqh Akbar) » Kelapan Belas – Shafa’at Para Nabi-Nabi A.S

Kelapan Belas – Shafa’at Para Nabi-Nabi A.S

Download PDF

 

Shafa’at para nabi a..s. itu benar.[62] Shafa’at Rasulullah s.a.w. untuk orang-orang yang beriman, dan untuk pendosa-pendosa besar yang layak diazab, itu adalah benar dan sabit ada.[63]

Amalan ditimbang dengan Neraca pada hari Qiyamat itu benar.[64]

Kolam Rasulullah s.a.w. itu benar[65]

Balasan di kalangan orang yang bermusuhan itu benar, melalui cara diberikan kebaikan. Jika tidak ada berbaki kebaikan maka kejahatan pula dicampakkan kepada mereka.[66]

 

 

NOTA KAKI:
[62] Syafaat bermaksud doa setiap nabi untuk ummatnya di Hari Akhirat. Ia merupakan permohonan kepada Allah untuk kebaikan manusia di akhirat. Nabi bertindak sebagai perantaraan antara ummat dengan Allah s.w.t. untuk manfaat dan pertolongan mereka.
Syarat mendapat syafaat ialah keizinan Allah dan orang yang dimintakan syafaat untuknya itu orang diredhai Allah.
Firman-Nya, mafhumnya:
“Dan berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan diredhai-Nya”. (al-Najm: 26)
[63] Syafaat yang khusus kepada Rasulullah s.a.w. ialah Syafaat ‘Uzma ialah syafaat atau permohonan kepada Allah agar segera diadakan keputusan di antara semua makhluk, supaya mereka mendapat keringanan dan kerehatan dari kesengsaraan yang dideritai di Padang Masyar.
[64] Firman Allah s.w.t, mafhumnya: “Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya”. (al-A;raf: 8)
[65] Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Aku mendahului kamu di kolam, sesiapa yang pergi kepadanya akan dapat minum airnya dan sesiapa yang meminumnya tidak akan dahaga selepasnya buat selama-lama. Akan datang kepadaku beberapa golongan yang mana aku kenal mereka dan mereka kenal aku tetapi mereka dihalang daripadaku. Baginda berkata: “Mereka itu
daripada golongan aku. Lalu dijawab, sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah yang mereka ubah sesudah kamu. Maka aku berkata: “Biarlah mereka itu jauh daripadaku, jauhlah bagi orang yang mengubah sesudahku. (al-Bukhari, Muslim).
Dalam hadis ini juga terdapat isyarat tentang syarat untuk dapat minum telaga Rasulullah s.a.w.
[66] Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku adalah orang yang datang pada Hari Kiamat kelak dengan membawa (pahala) solat, puasa dan zakat. Dalam pada masa yang sama, dia datang dalam keadaan telah mencela dan menuduh seseorang (melakukan zina), juga memakan harta orang ini dan menumpahkan darah, serta memukul orang ini. Kemudian diambil yang ini daripada kebaikannya dan yang ini juga daripada kebaikannya. Dan jika kebaikannya sudah habis sedangkan dia belum habis membayar kewajibannya, maka akan diambil dosa-dosa mereka, lalu dicampakkan kepadanya, lalu dia pun dilemparkan ke dalam neraka.” (Muslim: 2581, al-Tarmizi: 2420)
Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Muqaddimah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Asas tauhid[1] dan perkara yang sah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *