Wednesday, October 16, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Asas-Asas Aqidah Islam (Fiqh Akbar) » Kedua Puluh – Hidayat Dan Kesesatan

Kedua Puluh – Hidayat Dan Kesesatan

Download PDF

Allah s.w.t. memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki sebagai limpahan kurniaan-Nya. Allah s.w.t. menyesatkan/membiarkan sesiapa yang dikehendaki sesat, sebagai keadilan-Nya[68] Orang yang disesatkan itu bererti orang itu dibiarkan tanpa diberikan bantuan. Tafsiran kepada tidak diberikan hidayat/dibiarkan ialah Allah tidak memberi tawfiq/kemudahan untuk hamba melakukan apa yang diredhai, sebagai keadilan-Nya.

Demikian juga sebagai keadilan, hukuman terhadap orang yang dibiarkan dalam keadaan maksiat.

Tidak harus kepada kita mengatakan, syaitan merampas Iman dari hamba mukmin secara kekerasan dan paksaan[69] tetapi kita mengatakan hamba itu meninggalkan Iman dan pada waktu itulah syaitan merampas iman daripadanya.

NOTA KAKI:
[68] Allah s.w.t. menjelaskan kebenaran kepada semua hamba-Nya dengan diutuskan Rasul dan ditanzilkan al-Qur’an. Mereka pula dibekalkan dengan akal untuk mereka berfikir tentang kebenaran dan keuntungan berpegang dengannya serta akibat buruk tidak menerimanya.
Firman-Nya, mafhumnya: “Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah? Sedangkan Rasulullah mengajak kamu untuk beriman kepada Tuhan kamu, dan Allah telah mengambil janji setia dari kamu (untuk beriman); jika kamu hendak beriman (maka telah jelas dalil-dalilnya). (al-Hadid: 8)
[69] Kerana Allah s.w.t. berfiirman, mafhumnya: “Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu (iblis) sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari kalangan mereka yang sesat (dengan pilihannya sendiri)”. (al-Hijr: 42)
Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Muqaddimah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Asas tauhid[1] dan perkara yang sah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *