Monday, July 22, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Asas-Asas Aqidah Islam (Fiqh Akbar) » Kedua Puluh Dua – Kelebihan Ayat-Ayat Al-Quran

Kedua Puluh Dua – Kelebihan Ayat-Ayat Al-Quran

Download PDF

Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. dan ia tertulis dalam mushaf-mushaf. Ayat-ayat al-Quran, sebagai ma’na Kalamullah sama dari sudut kelebihan dan keagungan namun setengahnya mempunyai kelebihan sebutan dan keutamaan kandungannya seperti Ayat al-Kursi kerana yang tersebut dalamnya ialah keagungan Allah s.w.t., kebesaran-Nya dan sifat-sifat Nya. Oleh itu, terhimpun dalamnya kelebihan sebutan dan keutamaan kandungan.

Sebahagiannya pula hanya mempunyai kelebihan sebutan dan apa yang tersebut iaitu orang kafir tidak mempunyai keutamaan.[73]

Demikian Nama-nama dan Sifat-Sifat Alah s.w.t. sama sahaja dari segi keagungan dan keutamaan, tiada perbezaan tingkatan padanya.

 

 

NOTA KAKI:
[73] Ini merupakan jawapan kepada satu kemusykilan iaitu, setengah daripada ayat al- Qur’an mempunyai kelebihan atas ayat yang lain sedangkan semuanya merupakan kalam Allah s.w.t. bagaimana boleh berbeza sebahagian ayat dengan yang lain.
Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Muqaddimah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Asas tauhid[1] dan perkara yang sah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *