Wednesday, October 16, 2019
Home » ASAS ISLAM » Aqidah » Asas-Asas Aqidah Islam (Fiqh Akbar) » Kedua Puluh Tiga – Anak-Anak Rasulullah S.A.W

Kedua Puluh Tiga – Anak-Anak Rasulullah S.A.W

Download PDF

Qasim, Tahir dan Ibrahim adalah anak-anak lelaki Rasulullah s.a.w. sementara Fatimah, Ruqayyah, Zaynab dan Ummu Kulthum merupakan anak-anak perempuan baginda s.a.w.[74]

Sekiranya seseorang itu mengalami kemusykilan dalam perkara halus dalam ilmu Tawhid maka pada ketika hendaklah dia beri’tiqad dengan apa yang benar di sisi Allah[75] sehinggalah dia menemukan seorang yang berilmu lalu dia bertanya kepadanya. Tidak ada ruang baginya untuk melewatkan pertanyaan dan tidak diberikan kemaafan untuk tawaqquf (berdiam diri tidak mengambil satu sikap) dan dia menjadi kafir sekiranya dia bertawaqquf.

Hadis tentang Mi’raj itu benar dan sesiapa yang menolaknya adalah ahli bid’ah yang sesat.[76]

 

 

 

NOTA KAKI:
[74] Ini merupakan isyarat kepada bantahan terhadap golongan yang mendakwa
bilangan anak-anak Rasulullah lebih daripada atau kurang daripada ini. Contohnya,
golongan Syi’ah mendakwa, Fatimah satu-satunya anak Rasulullah s.a.w. manakala
yang lain anak Khadijah dengan suaminya yang terdahulu atau anak saudaranya iaitu
adik-beradik Khadijah bernama Halah. Syi’ah juga mendakwa isteri Sayyidina Uthman
itu anak tiri bukan anak kandung. (lihat Ja’far Khadir al-Najafi, Kashf al-Ghita’ ‘An
Khafiyyat Mubhamat Syari’ah al-Gharra’, hal. 5, Ja’far Murtada, al-Sahih Min Sirah al-
Nabiy, jil. 2, hal. 125-130)
[75] Sekiranya berlaku kesamaran dalam masalah aqidah maka hendaklah
menyerahkannya kepada Allah dan tidak harus kita berkata-kata padanya tanpa
sebarang pengetahuan. Hendaklah mengucap “hanya Allah yang lebih mengetahui”.
[76] Mi’raj ialah Allah membawa rasul-Nya naik ke langit tinggi ke tempat yang
dikehendakinya, setelah diperjalankan Baginda (Isra’) dari Masjid Haram ke Masjid
Aqsa. Peristiwa berlaku dalam satu malam, dalam keadaan Baginda jaga dengan roh
dan jasad sekali.
Share...Pin on PinterestShare on Google+Share on FacebookDigg thisPrint this pageShare on RedditTweet about this on TwitterShare on LinkedIn
Download PDF

Check Also

Muqaddimah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Asas tauhid[1] dan perkara yang sah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *