Tuesday, October 27, 2020
Home » ASAS ISLAM » Fatwa Terkini Dari Pejabat Mufti W. Persekutuan

Fatwa Terkini Dari Pejabat Mufti W. Persekutuan

AL-KAFI # 1738 : STATUS ROTI CANAI DARI TELUR AYAM YANG TIDAK DIBASUH

  SOALAN. Assalamualaikum,  Saya agak risau terhadap penebar roti canai yang menguli tepung kemudian menggunakan telur ayam yang tidak dibasuh terlebih dahulu, sudah pasti najis pada kulit telur tersebar kepada semua roti canai yang ditebarnya. Persoalannya, apakah status makanan yang telah terkena najis? Mohon pencerahan S.S Mufti,Terima kasih RINGKASAN JAWAPAN :   Roti canai daripada telur ayam yang tidak dibasuh …

Read More »

AL-KAFI #1737 : HUKUM MENGGUNAKAN SAKE (SEJENIS ARAK) DALAM PRODUK KOSMETIK

Soalan: Assalamualaikum WBT. Bolehkah saya menggunakan ‘sake’ (sejenis arak jepun) dalam produk saya? Sebab ada sesetengah orang mengatakan haram menggunakan untuk minuman atau makanan, adapun untuk kegunaan luaran maka ia dibolehkan. Mohon pencerahan. Ringkasan Jawapan: ‘Sake’ ialah sejenis minuman arak yang lazim dalam kalangan bangsa Jepun. Ia diperbuat daripada hasil penapaian kanji beras yang telah digilap untuk mengeluarkan dedak beras. ‘Sake’ dihasilkan melalui proses pembiran seakan bir di mana …

Read More »

AL-KAFI #1736 : ZAKAT SIMPANAN BAGI PELABURAN DIGITAL MENGGUNAKAN ROBO-ADVISOR

SOALAN Assalamualaikum WBT. Saya ingin bertanya, adakah wang yang kita laburkan ke dalam pelaburan digital menggunakan robo-advisor dikategorikan sebagai wang simpanan yang diwajibkan untuk dikeluarkan zakat simpanan? Mohon pencerahan. Terima kasih. RINGKASAN JAWAPAN Wajib untuk dikeluarkan zakat simpanan bagi pelaburan digital yang menggunakan robo-advisor, jika sekiranya mencapai nisabnya iaitu nilai 85 gram emas dan tempoh simpanan tersebut mencukupi haul (genap …

Read More »

AL-KAFI #1735 : ADAKAH WAJIB HADIR BERATUR UNTUK MENDAPAT TEMPAT BAGI SOLAT JUMAAT PADA FASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)?

SOALAN Assalamualaikum WBT. Sepertimana yang sedia maklum, bagi fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), masjid di zon hijau sudah dibenarkan untuk menerima jemaah dengan jumlah 1/3 daripada kapasiti masjid. Soalan saya, adakah diwajibkan ke atas saya yang berada di zon hijau untuk beratur mendapatkan tempat bagi solat Jumaat tersebut? Mohon pandangan SS Mufti. Terimakasih. RINGKASAN JAWAPAN Dalam musim PKPP ini, …

Read More »

AL-KAFI #1734 : HUKUM MENOLAK PENGEBUMIAN JENAZAH COVID-19

Kredit gambar: kpkesihatan.com Soalan: Assalamualaikum wrm. wbt., Saya ada dengar berlaku di suatu tempat jenazah pesakit yang meninggal akibat Covid-19 ditolak berkali-kali untuk dimakamkan. Warga setempat menghalang pemakaman kerana terlalu takut akan penularan virus melalui pemakaman jenazah tersebut. Apakah hal ini diharuskan?   Jawapan: Waalaikumussalam wrm. wbt. Alhamdulillah segala puji bagi Allah ﷻ, selawat serta salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi …

Read More »

AL-KAFI #1733: ADAKAH NILAI EMAS PERLU DIGABUNGKAN DENGAN NILAI WANG KERTAS SEHINGGA MENCUKUPI NISAB YANG DIWAJIBKAN ZAKAT

Soalan Assalamualaikum SS Tuan Mufti. Saya ada satu persoalan berkenaan zakat. Adakah dikenakan zakat seseorang yg mempunyai emas (tapi tidak cukup nisab) namun apabila ditambah dengan duit simpanan cash di bank, cukup nisab? Kekeliruan saya timbul kerana saya merasakan emas dan duit kertas berada di dalam dua kategori yang berbeza. Mohon penjelasan. Jawapan Ringkas Emas dan duit kertas berada di …

Read More »

AL-KAFI #1732 : HUKUM MENDERMA DARAH DALAM RUMAH IBADAT ORANG BUKAN ISLAM

Soalan: Assalamualaikum wrm. wbt., Apakah hukum menderma darah di dalam rumah ibadat orang bukan Islam?   Jawapan: Waalaikumussalam wrm. wbt. Alhamdulillah segala puji bagi Allah ﷻ, selawat serta salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad ﷺ, ke atas Ahli Bait, serta Para Sahabat baginda, dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke Hari Akhirat. Hukum menderma darah ialah diharuskan, …

Read More »

AL-KAFI #1731 : PENYUCIAN PLASENTA KHINZIR DALAM PRODUK KOSMETIK DENGAN KAEDAH HIDROLISIS?

  Soalan: Assalamualaikum wrm. wbt., Mohan pencerahan status produk kosmetik yang mengandungi hydrolysis placenta protein bersumberkan khinzir. Adakah suci digunakan atau tetap tidak suci, walapun placenta tersebut diproses melalui hydrolysis?   Jawapan: Waalaikumussalam wrm. wbt. Alhamdulillah segala puji bagi Allah ﷻ, selawat serta salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad ﷺ, ke atas Ahli Bait, serta Para Sahabat baginda, dan …

Read More »

AL-KAFI #1730 : BAHAGIAN FARAID UNTUK NENEK SAUDARA DI INDONESIA

Soalan: Assalamualaikum wrm. wbt., Nenek saya memiliki sebidang tanah. Dia telah meninggal dunia dan meninggalkan seorang adik perempuan yang tinggal di Jakarta, Indonesia, serta dua orang anak perempuan, ibu saya dan makcik saya. Kemudian, kami mendapat berita bahawa nenek saudara saya di seberang itu telah meninggal dunia selepas kematian nenek saya dan meninggalkan beberapa orang waris. Soalan saya, adakah ibu …

Read More »

AL-KAFI #1729 : BOLEHKAH SOLAT WITIR DILAKUKAN SATU RAKAAT DAHULU KEMUDIAN BARU DUA RAKAAT ?

Soalan : Assalamu’alaikum ustaz, dalam situasi solat witir tiga rakaat secara berjemaah, imam buat solat witir satu rakaat dahulu kemudian baru buat dua rakaat. Boleh atau tidak begitu ? Jawapan : Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, …

Read More »